CLOSE
CLOSE

Plug-in: Lain Macam Hasil Gambar Dan Video GoPro Terbaru Ini!

Ada tiga variasi berlainan.


  • Share:

Plug-in: Lain Macam Hasil Gambar Dan Video GoPro Terbaru Ini!
Siapa yang tidak teruja bukan apabila GoPro melancarkan model terbaru mereka Hero 7.

Bukan satu ya, malah tiga variasi diperkenalkan! Model premium Hero 7 Black, pertengahan Hero 7 Silver dan Hero 7 White, model asas.

Bagi memudahkan anda, ini sebahagian fungsi killer Hero 7 yang bakal dilancarkan secara rasmi di Malaysia tidak lama lagi.

#1 PENGSTABILAN HYPERSMOOTH 

via GIPHY

Anda boleh lupakan penggunaan gimbal atau alat penstabilan menerusi fungsi terbaru Hero 7 ini. GoPro menambah penstabilan rakaman yang lebih baik bagi membolehkan video dihasilkan tanpa gegaran! 

#2 RAKAMAN 4K DENGAN 60 FPS

via GIPHY

Gabungan video beresolusi 4K dengan kelancaran sehingga 60fps (frame per second) sememangnya menjadi idaman semua pengguna. Ini antara fungsi utama yang ditambah baik menerusi Hero 7! 

Selain itu ia juga berupaya menetapkan resolusi 1080p dengan kadar 240fps!

#3 RAKAMAN GAMBAR HDR

Keupayaan HDR dipertingkat.
Hero 7 turut menambah baik fungsi HDR dengan resolusi lensa 12-megapixel! Fungsi HDR ini penting untuk mengelak subjek gambar menjadi gelap.

#4 PENSTRIMAN VIDEO SECARA LANGSUNG

via GIPHY

Menerusi GoPro Hero 7, anda kini boleh melakukan penstriman langsung terus ke laman sosial media termasuklah di Facebook, Twitch, YouTube atau Vimeo. Agak-agak boleh tak dive sambil buat live?

#5 FUNGSI TIMEWARP

via GIPHY

Ia sebenarnya versi hyperlapse yang ditambah baik. Rakaman lebih stabil dan lancar berbanding model sebelum ini!

Selain itu, Hero 7 turut menyertakan fungsi potret, ultra slo-mo, arahan suara serta menambah baik audio, user interface dan tahap kedalam air sehingga 10 meter tanpa casing!

Bagi GoPro Hero 7 Silver ia hadir dengan rakaman 4K 30fps dengan lensa 10 MP. Hero 7 White pula menyokong rakaman 1440 60fps juga dengan kamera 10MP. 

Rojak Daily berkesempatan mengikuti program International Year of the Reef (IYOR 2018) Sabtu lalu dan berpeluang untuk melihat sendiri Go Pro secara lebih dekat. Anda boleh saksikan hasil gambar yang diambil oleh pihak Go Pro sepanjang program berkenaan.

Antara hasil gambar Hero 7 ketika di dasar laut.
Epik bukan?

Hero 7 Black dijual pada harga RM1869 manakala Hero 7 Sliver RM1369 dan White RM949. Pra tempahan kini telah pun dibuka dan anda boleh semak pengedar rasminya di sini, Go Pro.

  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top