CLOSE
CLOSE

Skor DxOMark 103, Bateri 4,000 mAh, Adakah Galaxy Note 9 Cukup Sempurna?

Kapasiti bateri terbesar Samsung!


  • Share:

Skor DxOMark 103, Bateri 4,000 mAh, Adakah Galaxy Note 9 Cukup Sempurna?
Sedar atau tidak sudah hampir sebulan Samsung Galaxy Note 9 dilancarkan. Ada yang suka dan tidak kurang juga masih ragu-ragu terhadap model flagship terbaru ini.

Rojak Daily berkesempatan menggunakan Note 9 ini dan ada beberapa perkara yang boleh anda pertimbangkan sekiranya mahu membeli peranti ini.

Saya senaraikan apa yang best dan tidak beberapa best mengenai Galaxy Note 9.

#1 BATERI SEPANJANG HARI



Satu perkara yang agak merimaskan semua pengguna adalah ketahanan jangka hayat beteri. Boleh dikatakan hampir kesemua peranti gagal melepas tahap yang boleh dibanggakan.

Namun akhirnya Samsung memecah tradisi ini dengan kapasiti Note 9 sebesar 4,000 mAh. Kapasiti terbesar pernah dihasilkan Samsung!

Hasilnya, saya mendapat jangka hayat bateri hampir ke malam dengan Screen On Time (SOT) selama 4 jam lebih. Walaupun dalam kondisi penggunaan berat sekali pun Note 9 mampu menampung beban. 

Jadi apa pula yang tidak best? Janganlah terlalu yakin dengan kapasiti bateri ini kerana anda masih memerlukan powerbank kerana terdapat beberapa situasi yang mana anda masih memerlukan penambahan tenaga ekstra.

Anda boleh lihat sampel SOT saya di atas.

#2 KUALITI SKRIN TOP NOTCH DENGAN KAPASITI MAKSIMUM 1TB!


Tidak perlu pertikaikan Samsung dalam industri panel skrin. Mereka adalah yang terbaik!

Samsung Galaxy Note 9 meneruskan legasi penggunaan AMOLED dengan paparan yang amat cantik. Malah ia dipadankan dengan saiz storan yang besar.

Ketika ini saya menggunakan peranti berkapasiti 128GB dan selepas hampir lima bulan, sudah separuh telah digunakan.Oleh itu, agak relevan lah untuk tahun ini kita menggunakan peranti berkapasiti besar. 

Namun perkara yang tak bestnya adalah...harga! Samsung menawarkan model 128GB pada harga RM3699, sementara model 512GB pula akan ditawarkan pada harga RM4599. (Tapi sekurang-kurangnya ia lebih murah daripada iPhone Xs bukan!)
 

#3 FUNGSI S-PEN KINI BERTAMBAH RELEVAN



Ramai yang mempertikaikan penggunaan S-pen dalam kehidupan seharian kita. Ada ramai yang melukis, menulis nota pada telefon pintar, mahu pun menurunkan tanda tangan menggunakan S-pen.

Pada saya, ia bukanlah fungsi yang akan kita gunakan dalam seharian, namun berguna takala memerlukan. Oleh itu S-pen masih relevan bagi saya.

Bagi Note 9 kali ini, fungsi S-pen diperkembangkan ke tahap lebih besar dan pastinya menjadi buruan mereka yang rajin mengambil gambar. Ada yang bergurau ianya sesuai untuk mereka forever alone

S-pen kini mampu dijadikan kawalan untuk mengambil gambar, menukar pilihan lagu serta menggerakkan slide pembentangan kerja. 

Seperti yang dinyatakan tadi, ia tidaklah digunakan setiap hari tetapi berbaloi ketika diperlukan! Tiada banyak yang saya perlu kritik mengenai S-pen Samsung. Ianya sungguh eksklusif dan tiada pengeluar lain mampu menghasilkan S-pen begini.
 

#4 REKAAN LUAR HAMPIR SAMA DENGAN NOTE 8 TAPI...

Jika anda selesa dengan saiz fizikal Galaxy Note 8, maka anda juga akan rasa perkara yang sama tentang Note 9. Malah material kaca pada depan dan belakang juga tidak berubah. Hanya pengimbas cap jari saja yang beralih tempat yang kini menjadi normal.

Bagi sesetengah individu mungkin ia sedikit besar, malah saya sendiri berasa ia sedikit panjang. Namun semuanya bersebab bukan? Ia membolehkan saiz gergasi sebesar 6.4 inci diletakkan pada telefon pintar.

Secara keseluruhan, reka bentuk kali ini tidak begitu berbeza dengan yang asal. Bagaimanapun Samsung bijak dengan menghasilkan variasi warna yang stand out terutama padanan warna biru dan kuning.

#5 KAMERA DXOMARK SETINGGI 103


Samsung S9 Plus memperkenalkan fungsi kamera boleh laras yang mana apertur lensa boleh dilaraskan hingga f/1.5. Hasilnya, kualiti kamera Note 9 hampir sama dengan mode S9 Plus. Laman Dxomark memberi skor sebanyak 103.

Bagi saya, kualiti hampir sama dengan model terdahulu walaupun skor Dxomark S9 Plus hanya sekitar 99 iaitu 4 mata di belakang Note 9.

Saya mengharapkan sesuatu yang lebih daripada Samsung memandangkan mereka sebelum ini adalah yang terhebat. Anda boleh saksikan kualiti kamera dihasilkan menerusi Galaxy Note 9.





LENGKAP DENGAN PELBAGAI FUNGSI!


Spesifikasi Note 9 juga hampir sama dengan Galaxy S9 Plus dengan penggunaan dijana cip Exynos 9810. Cuma kali ini terdapat versi 8GB! Berdasarkan penggunaan hampir satu bulan, saya tiada masalah dengan Note 9.

Setakat ini permainan Fortnite masih lagi eksklusif kepada pengguna Samsung. Bonus untuk pengguna Samsung dan Galaxy Note 9.

Cuma ada beberapa kali terutama ketika menggunakan Waze, peranti menjadi sedikit panas. Mungkin Samsung boleh perbaiki menerusi kemas kini perisian.Malah fungsi pengecasan pantas juga tidak seberapa pantas jika dibandingkan dengan pesaing.

Secara keseluruhannya saya boleh katakan Samsung Note 9 adalah peranti paling sempurna dengan kesemua pakej dan fungsi di dalammnya.

Rating Rojak Daily: 9/10
 

  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top