Filem Ketenteraan Terbaik Pernah Dihasilkan, Ini 5 Sebab Kenapa Anda Wajib Tonton PASKAL

Tayangan 27 September Ini!


  • Share:

Filem Ketenteraan Terbaik Pernah Dihasilkan, Ini 5 Sebab Kenapa Anda Wajib Tonton PASKAL
Filem paling ditunggu-tunggu! (Astro Shaw)
Secara jujurnya saya amat teruja untuk menonton filem ini. Melihat segala persediaan serta komitmen diberikan sepenuhnya oleh pelakon dan pengarah saya meletakkan harapan yang tinggi mengenai filem ini.

Hasilnya? Ya filem ini memang wajib ditonton! Malah saya tiada masalah untuk memberi rating yang tinggi untuk filem ini. Namun sebelum saya memberi ulasan penuh, saya berikan lima sebab mengapa anda perlu dan wajib tonton paskal. 

#1 BUKAN FILEM KOSONG, BANYAK BOLEH BELAJAR DARIPADA FILEM PASKAL


Hampir terlupa bilakah kali terakhir saya menonton filem patriotik sebegini. Walau bagaimanapun filem PASKAL berjaya mengubah persepsi saya mengenai kualiti filem ketenteraan Malaysia.

Malah, anda tidak akan pulang kosong selepas habis menonton kerana banyak perkara boleh dipelajari. Pembukaan filem ini saja sudah memberi informasi padat menerangkan apa itu PASKAL.

Segala aset mereka, gerak operasi mereka dan tujuan PASKAL diwujudkan semuanya diselitkan dalam pembukaan filem ini.

Jika sebelum ini ramai tidak mengendahkan kewujudan PASKAL, namun kali ini pengarah mahu masyarakat sedar negara kita sebenarnya mempunyai pasukan hebat seperti PASKAL.
 

#2 MENGANGKAT KISAH BENAR KEJAYAAN PASKAL


Setuju atau tidak filem yang bagus adalah filem yang mengangkat kisah benar. Filem begini lebih real dan bukan direka-reka. Begitu jugalah sebahagian operasi yang diangkat dalam filem PASKAL ini.

Anda akan melihat sendiri bagaimana PASKAL menumpaskan lanun dengan merampas kembali kapal dagang dalam kejadian di Teluk Aden pada 2011. Babak ini ditunjukkan pada permulaan filem sebagai pengenalan PASKAL kepada penonton.

Anda juga akan melihat adegan yang mengetengahkan kejayaan pasukan elit tersebut dalam melaksanakan Misi Pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Angola pada tahun 1998.

#3  ANTARA KELUARGA DAN NEGARA...RASAI SENDIRI PERGOLAKAN DALAMAN PASKAL


Menerusi filem ini anda boleh mendalami perasaan sebagai anggota PASKAL.  Betapa sukarnya mereka untuk menjadi sebahagian daripada pasukan elit ini.

Apa yang boleh saya katakan kesemua pelakon berjaya membawa watak PASKAL dengan baik. Tiada satu pun yang nampak janggal.

Pujian boleh diberi pada Hairul Azreen membawa watak Leftenan Komander Aman Anwar dengan baik. Babak paling terkesan pastinya ketika di Angola! Hampir menitis air mata dibuatnya. 

Malah, konflik dalaman antara perjuangan mempertahankan negara atau tanggungjawab kepada keluarga juga diterjemahkan dengan baik oleh pengarah, Adrian Teh. (selebihnya tunggu ulasan penuh!)

#4 KEMUNCULAN ASET SEBENAR KETENTERAAN NEGARA


Pada yang minat tentang aspek ketenteraan memang tiada sebab untuk anda tidak menonton filem ini. Pastinya mata anda tidak berkelip melihat kelengkapan serta jenis senjata digunakan dalam filem ini.

Namun paling goosebump adalah ketika babak kapal selam muncul daripada dasar laut. Ini kali pertama ia dibawa masuk ke layar perak!

#5 STUNT SENDIRI OLEH PELAKON PASKAL


Ini paling saya respect! Kesemua pelakon tekad untuk melakukan stunt sendiri bagi memastikan filem ini nampak lebih real. Antara babak yang anda akan lihat adalah Commando Rest, Combat Drown Proofing dan banyak lagi.

Hairul Azreen sendiri berjaya melakukan latihan bongkar pasang senjata dalam masa enam saat. Tempoh masa ini yang diperlukan oleh anggota PASKAL.

Filem PASKAL ditayangkan pada 27 September  dengan barisan pelakon seperti Hairul Azreen, Ammar Alfian, Henley Hii, Taufiq Hanafi, Hafizul Kamal, Gambit Saifullah, Theebaan G dan ramai lagi.

Jika mahu melihat ulasan penuh mengenai filem ini, tunggu minggu depan okay!

  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top