CLOSE
CLOSE

Anthony Bourdain Tinggal Kenangan, Parts Unknown Menang Anugerah Emmy Ke-5

Ditemui mati ketika menjalani penggambaran musim ke-11.


  • Share:

Anthony Bourdain Tinggal Kenangan, Parts Unknown Menang Anugerah Emmy Ke-5
Bourdain ketika memenangi Anugerah Emmy pada tahun 2015. (Foto: Getty Images & Daily Mail)

Rancangan pelancongan dan makanan popular CNN yang dihoskan oleh Anthony Bourdain, Parts Unknown menang Anugerah Emmy kali ke-5 setelah menang empat tahun berturut-turut pada tahun 2013 hingga 2016.

  Parts Unknown musim ke-10 menang anugerah.

Bourdain, dianugerahkan penghormatan tertinggi industri, bagi penulisan cemerlang program bukan fiksyen Emmy bagi episod di selatan Itali yang disiarkan November lalu pada musim ke-10 rancangan berkenaan.

  Parts Unknown episod Selatan Itali,

Parts Unknown turut memenangi anugerah bagi kategori suntingan, suntingan bunyi, adunan bunyi dan siri online, Explore Parts Unknown. Hadir bagi menerima anugerah untuk pihak mendiang Bourdain adalah Lydia Tenaglia, penerbit eksekutif siri itu.

 

Anugerah itu diumumkan pada malam kedua Seni Kreatif Emmy, yang meliputi kategori pertengahan dan teknikal sebelum berlangsungnya anugerah utama pada 17 September ini.

  Rancangan pelancongan, makanan dan budaya terbaik.

Rancangan Parts Unknown bermula pada 14 April 2013 menjadi popular kerana memaparkan destinasi perlancongan, hidangan tempatan serta budaya dari kawasan yang popular sehinggalah ke ceruk dunia.

 

Bourdain memulakan kerjayanya sebagai pencuci pinggan di restoran di New York sebelum menjadi chef televisyen terkenal dan pernah berkongsi hidangan di Vietnam bersama bekas Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama.

  Ditemui mati ketika menjalani penggambaran musim ke-11.

Selebriti berusia 61 tahun ini meninggal dunia dalam keadaan tergantung dalam bilik hotelnya di Strasbourg, Perancis pada 8 Jun lalu. Lokasi itu menjadi pilihannya menjalani rakaman episod Parts Unknown untuk musim ke-11.

 

  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top