Rojak Daily Logo
Back to top

Mobile Legends, Pro Evolution Soccer (PES) dan FIFA Akan Dipertandingkan Dalam SUKMA Perak?

Sukan Asia 2022 Hangzhou, China mengesahkan e-sukan adalah sukan berpingat.

0
comments
Mobile Legends, Pro Evolution Soccer (PES) dan FIFA Akan Dipertandingkan Dalam SUKMA Perak?
Foto: Screen Rant

Tiga e-sukan iaitu Mobile Legends, Pro Evolution Soccer (PES) dan FIFA akan ditonjolkan sempena penganjuran acara 'Esports Experience' dalam Sukan Malaysia (SUKMA) Perak yang akan berlangsung pada 21 dan 22 September ini.

Wow, kita hebat!

Ketiga-tiga sukan elektronik tersebut akan disertai pemain-pemain profesional seperti Amirul Afandi (AmTuah), Boon Shin (Shige), duo PES Malaysia, Mohamad Norhaikal Mohamad Noh dan Muhamad Khairul Abdul Aziz serta pasukan Mobile Legends tempatan, Honor Mysterious Assassins (MyA).

 Honor Mysterious Assassins (MyA).

E-sukan belum lagi dimasukkan ke dalam acara SUKMA atau dipilih sebagai sukan pertunjukkan namun penganjuran acara 'Esports Experience' itu bakal diadakan di Stadium Indera Mulia Ipoh, Perak.

 

Menerusi perlaksanaan 'Esports Experience' ini, ia dapat mengetengahkan e-sukan sebagai sukan arus perdana dan sukan yang sihat kepada generasi muda.

 E-sukan bakal dipertandingkan di Sukan Asia 2022.

Selari dengan pegiktirafan e-sukan oleh Majlis Olimpuk Asia (OCA) dan bakal dipertandingkan di pentas Sukan Asia 2022 di Hangzhou, China, Kerajaan Negeri Perak turut komited untuk merealisasikan pembangunan e-sukan di negara ini.

 
 
 
Comments