Rojak Daily Logo
Back to top

Layan Burger Gerai? Ini 10 Cara Masak Yang Betul! Buat Di Rumah Je

Burger Ramly paling best!

0
comments
Layan Burger Gerai? Ini 10 Cara Masak Yang Betul! Buat Di Rumah Je
Burger kegemaran ramai! (Gambar: Smkpj2001)
Jika ditanya apakah burger kesayangan Malaysia, pastilah Ramly. Walaupun hanya dijual ditepi jalan, namun rasa dan kesedapannya memang dekat dengan jiwa rakyat Malaysia. Murah tapi mengenyangkan!
 
Namun tahukah anda sebenarnya ada trick untuk menghasilkan burger yang sedap? Tidak semestinya untuk peniaga saja, anda pun boleh masaknya di rumah.
 
Pemuda Adie Redzuan berkongsi tips dan ini 10 perkara yang anda patut cuba.
 

#1 WAJIB GUNA DAGING 70 GRAM

Tebal baru puas.
Ada beberapa jenis burger Ramly yang dijual, namun untuk kepuasan ‘perut’ anda maka bolehlah menggunakan jenis 70 gram! Nipis-nipis nak rasa apa kan?
 

#2 JANGAN TEKAN DAGING


Habis jus daging keluar.
Daging ada jus sendiri, oleh itu jangan tekan daging terlalu kuat hingga jusnya terkeluar. Daging akan jadi kering jika ditekan terlalu kerap. Hanya letakkan sedikit pelantar pada daging sebelum masak.

#3 TIDAK PERLU BELAH DAGING

Biarkan saja, tidak perlu belah dua.
Hanya perlu lubangkan daging untuk letak seasoning. Tidak perlu belah dua daging seperti dilakukan kebanyakkan peniaga. Jenama seasoning pula, Lea and Perrins dan Maggie.
 

#4 AIR BAWANG PUTIH


via GIPHY

 
Ini antara resipi unik. Gunakan air bawang putih untuk menggantikan jus daging yang hilang. Cara nak hasilkannya mudah, hanya potong bawang putih dan masukkan dalam air kosong.

Curahkan ketika daging hampir masak.
 

#5 GUNAKAN API SEDERHANA

via GIPHY

Jika api terlalu kuat, daging senang kering. Oleh itu gunakan api yang sederhana.
 

#6 JANGAN TEKAN ROTI BURGER

Jangan tekan macam ni okay.
Sapu planta dan letakkan di atas kuali. Selalunya roti ditekan hanya untuk meleperkan roti saja.

  
#7 SAYUR JANGAN LUPA

via GIPHY


Terpulang pada anda, selalunya peniaga akan menggunakan kobis. Tapi bagi pemuda ini dia menggunakan jenis lettuce iceburg. Katanya lebih rangup dan sedap.

 
#8 JANGAN PAKAI SOS MURAH

Sos kegemaran penjual burger.
Kebanyakkan peniaga burger pakai sos jenama longson. Lebih sedap katanya.
 

#9 GUNA MAYONIS DAN KEJU BERKUALITI


via GIPHY

 
Menurut pemuda ini, mayonis paling best adalah jenama Nelly. Sapu sikit pun dah terasa.
Bagi keju pula, pilih warna oren kerana memang rasanya lebih lazat. Jangan gunakan keju murah.
 

#10 MASAK SENDIRI SOS LADA HITAM


via GIPHY

 
Tidak kiralah jika anda peniaga atau tidak, rasanya lebih sedap buat sos lada hitam sendiri. Masak butter dan tepung gandum sampai naik bau dan kemudian masukkan sos tiram, lada hitam, kicap cair, stok ayam dan garam.
 
Selebihnya terpulang pada kreativiti anda untuk aturkan kedudukan sayur, sos dan mayonis. Namun jika keju itu, letakkan lah di atas daging supaya ia melekat cair kepanasan.
 
 
Comments