Rojak Daily Logo
Back to top

Malas Menaip? Fungsi Google Docs Ini Mungkin Untuk Anda

Tiada lagi alasan malas menaip!

0
comments
Malas Menaip? Fungsi Google Docs Ini Mungkin Untuk Anda
Kerja kini menjadi lebih mudah! (Gambar: Groundfloormedia)
Dunia makin lama makin senang. Jika dulu orang ramai perlu menaip menggunakan papan kekunci, namun sebenarnya terdapat satu lagi cara yang lebih mudah iaitu menggunakan suara.

Fungsi ini sebenarnya sudah lama diperkenalkan oleh Google pada 2016, namun mungkin tidak ramai tahu sebenarnya ia boleh digunakan menerusi Google Docs. 

Semuanya di simpan di cloud!
Pemilik akaun, Maisara Mohd Pauzi berkongsi cara di akaun Facebooknya dan hasilnya agak mengagumkan. Mungkin anda boleh cuba.

#1 BUKA GOOGLE DOCS

Jika anda tidak pernah menggunakan Google Docs, ia sama saja seperti Microsoft Word cuma ia disimpan secara cloud. Anda boleh save dan export fail Google Docs ini kepada Microsoft Word, PDF dan banyak lagi. Hanya gunakan akaun Gmail anda saja.

#2 PILIH TOOLS DAN VOICE TYPING


Try lah cuba fungsi voice typing.
Anda akan melihat beberapa pilihan seperti mana Microsoft Word. Apa yang perlu dilakukan adalah memilih tools dan pilih voice typing.

#3 BERSUARALAH UNTUK MENAIP

Ikutlah bahasa apa korang nak guna.
Selepas memilih tetapan ini, akan munculnya simbol voice dan apa yang anda perlu lakukan adalah memilih pilihan bahasa. Tekan simbol voice dan mulalah merakam.

Secara keseluruhannya, fungsi ini tidaklah tepat 100%. Namun ia tidaklah teruk sehingga langsung tidak boleh digunakan. Ada beberapa sebutan berjaya ditaip dengan baik seperti sebutan takde kemudian berjaya ditulis pada tak ada. 

Anda boleh lihat contoh menerusi video Maisara Mohd Pauzi.



Fungsi ini mungkin tidak dipandang tinggi oleh sesetengah pengguna, namun bagi pelajar mungkin ia satu fungsi yang ditunggu-tunggu. Tiada lagi alasan assignment lambat! 
 
 
 
Comments