Rojak Daily Logo

9 Tip Makanan Sihat Chef Anis Nabilah

0
comments
9 Tip Makanan Sihat Chef Anis Nabilah
Pelajari tip dan teknik penyediaan makanan sihat bersama chef Anis. (Gambar: Astro Bella)

Eat Clean With Anis, sebuah rancangan masakan sihat pertama di Malaysia yang menampilkan Chef Anis Nabilah bersama rakan-rakans selebritinya. Pelajari 39 resipi baru dan mulakan gaya hidup lebih sihat mulai 22 Mei ini, setiap Ahad jam 7 malam hanya di saluran Astro Bella (133) dan Mustika HD (134). Antara artis yang terlibat menjayakan rancangan ini ialah Diana Danielle, Faizal Hussien, Amar Baharin dan Nana Mahazan.

Insert Image Title Here | Rojak Daily
Gambar: Astro Bella

1) Gantikan gula dengan madu yang lebih bersifat semulajadi.

2) Elak daripada mengambil makanan yang telah proses. Makanan ini tinggi kandungan lemak dan ditambah dengan pewarna serta perasa tiruan.

3) Gantikan minyak masak biasa dengan minyak zaitun, minyak canola atau kelapa yang lebih sihat.

Insert Image Title Here | Rojak Daily
Gambar: Astro Bella

4) Pilih ikan yang ditangkap berbanding ikan sangkar. Ikan yang bebas mencari makanan di laut atau di sungai lebih sihat berbanding ikan sangkar yang mempunyai diet terkawal.

5) Gunakan ayam ternak lepas (free range), ayam kampung dan ayam tanpa antibiotik. Ayam yang diternak secara tradisional bebas daripada suntikan adalah pilihan terbaik dan menyihatkan berbanding ayam yang disuntik dengan antibiotik serta ubat-ubatan lain yang mempercepatkan pertumbuhan.

6) Gunakan telur ayam ternak lepas (free range). Jika produk asalnya baik, sudah pasti telur yang dihasilkan juga berkualiti.

Insert Image Title Here | Rojak Daily
Gambar: Astro Bella

7) Gunakan garam laut bagi menggantikan garam proses biasa. Garam laut lebih bersifat organik dan kaya dengan mineral semulajadi.

8) Gantikan susu dan krim dengan susu badam dan santan.

9) Gantikan nasi putih dengan wild rice, beras perang dan quinoa. Beras perang mempunyai kandungan nutrient phito yang dipercayai dapat mengurangkan risiko kanser, diabetis dan penyakit jantung. Wild rice pula kaya dengan protein, fiber, potassium, magnesium dan niasin berbanding beras perang manakala quinoa pula sejenis gandum bebas gluten, tinggi dengan kandungan protein dan asid amino serta kaya dengan kandungan serat, magnesium, vitamin B, zat besi juga tinggi kandungan antioksidan.

Insert Image Title Here | Rojak Daily
Gambar: Astro Bella
 
 
Comments