Bayar 'Parking' Guna Boost, Baru Canggih!

BOOST | SPONSORED

Dulu susah, sekarang sangat mudah.


  • Share:

Bayar 'Parking' Guna Boost, Baru Canggih!
Akhirnya tidak perlu bersusah payah mencari tiket. (Gambar: Rojak Daily)
Pernahkah anda berdepan dengan kesukaran untuk membayar tiket parkir? Saya secara jujurnya kerap mengalami situasi berkenaan, malah adakalanya berakhir dengan membiarkan kenderaan tanpa tiket.

Di Malaysia, pengguna terpaksa menggunakan kupon atau syiling untuk membayar parkir, yang ternyata leceh.

Ucapkan selamat tinggal pada pembayaran lama.
Dalam generasi cashless serba canggih ini, pengguna kini mempunyai pilihan yang lebih baik iaitu menerusi aplikasi Boost.

Pada masa ini, Boost mendominasi dunia aplikasi dompet digital dan telah melancarkan fungsi terbaru yang membolehkan pengguna membayar parkir menerusi telefon pintar.

Saya sudah boost, anda?
Pertama kali mendengar fungsi ini, saya sebenarnya agak skeptikal. Mampukah penggunaan aplikasi mengganti pembayaran konvensional?

Ternyata pandangan saya tersasar sama sekali selepas pertama kali menggunakan fungsi terbaru Boost ini.

Ianya memang mudah sehingga saya tidak perlu lagi keluar daripada kenderaan untuk membuat pembayaran. Caranya ringkas, hanya perlu lakukan tiga langkah ini.

#1 DAFTAR KENDERAAN ANDA


Hanya klik 'Parking' masukkan maklumat kenderaan.
Jika anda masih belum muat turun Boost, segeralah berbuat demikian. Pada yang sudah, terus ke bahagian parkir dan klik di situ.

Apa yang perlu dilakukan untuk mendaftar kenderaan anda adalah masukkan:

A. Nombor plat 
B. Jenis kenderaan 
C. Model kenderaan 
D. Warna kenderaan 

#2 PILIH LOKASI DAN TEMPOH DURASI DIPERLUKAN


Pilih lokasi berdekatan anda.
Setelah mendaftar, anda boleh terus membayar untuk parkir. Boost secara automatiknya mengesan kedudukan anda dan terus memberi pilihan lokasi yang berdekatan.

Disebabkan saya berada berhampiran Bukit Jalil, saya terus memilih lokasi terbabit dengan durasi satu jam (RM1). Anda juga boleh pilih durasi maksimum iaitu satu hari sekitar 7 jam.

#3 BUAT PEMBAYARAN


Bayar dan nikmati ganjaran!
Selepas memilih lokasi dan tempoh penggunaan, anda boleh terus buat pembayaran. Masukkan pin akaun dan bayar! Senang je kan? Anda boleh parkir dengan selamat dan penuh yakin.

Resit pembayaran akan diterima melalui e-mel, namun anda tidak perlu mencetak apa-apa resit seperti penggunaan mesin parkir DBKL sebelum ini.

Pelbagai ganjaran menanti anda
Part paling best, anda akan menerima ganjaran selepas melakukan pembayaran. Hanya shake telefon anda untuk mendapat ganjaran cashback. Sangat berbaloi!

#4 PANTAU STATUS KENDERAAN


Tak perlu bimbang dan boleh pantau dari jauh.
Menerusi aplikasi ini juga, anda boleh memantau status kenderaan sama ada masih aktif atau tidak. 

Dan apa lagi? Anda boleh renew masa parkir dimana saja anda berada. Tidak perlu lagi mencari mesin parkir DBKL

Dulu skeptikal, sekarang asyik nak guna je.
Kesemua langkah ini amat mudah,hanya perlukan beberapa klik di aplikasi Boost. Tidak perlu bersusah payah mencari mesin untuk buat pembayaran. 

Pembayaran juga terjamin kerana nombor plat anda akan dimasukkan terus dalam sistem DBKL.

Sebahagian kawasan yang boleh digunakan.
Pada masa ini, hanya kawasan letak kenderaan di bawah pentadbiran DBKL boleh dibayar melalui Boost. 

Nantikan maklumat lanjut untuk kawasan-kawasan parkir lain yang menerima pembayaran melalui Boost. So, tunggu apa lagi anda boleh muat turun di Android dan App Store

  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top