Rojak Daily Logo
Back to top

Risau Anak Autisme? Bapa Ini Kongsi Saat Anaknya Didiagnos Austisme

Ketahui ciri-ciri anak autisme

0
comments
Risau Anak Autisme? Bapa Ini Kongsi Saat Anaknya Didiagnos Austisme
Maaf jika kenyataan ini kasar, tetapi ada segelintir ibu bapa yang berasa malu dan rendah diri memiliki anak autisme.

Kononnya, memiliki anak autisme itu menyusahkan dan membayangkan mereka ini tiada masa depan.

Pahit untuk ditelan? Tetapi itulah stigma sesetengah ibu bapa yang dianugerahkan anak istimewa ini.

Luqman (tengah)...Salah seorang remaja autisme yang berjaya membuktikan keupayaannya bersama Autisme Cafe Project

Yang sebenarnya, masyarakat juga perlu memainkan peranan dalam membantu menyebarkan positiviti terhadap ibu bapa yang memiliki anak-anak autisme ini di dalam komuniti dengan tidak memandang rendah kepada mereka.

Masyarakat juga harus bertanggungjawab untuk sama-sama berhenti memandang sinis atau melemparkan pandangan pelik ketika terserempak dengan mereka yang memiliki ahli keluarga menghidap autisme.

Keluarga! Adli bersama Luqman dan dua lagi anak autisme Branden dan Jayden ketika Maybank Charity Bazaar

Tahukah anda beberapa ikon terkenal seperti Bill Gates, Steven Spielberg, Tim Burton dan Lionel Messi adalah penghidap autisme?

Atau anda buat-buat tidak peka mengenai saintis terkenal, Albert Einstein dan Isaac Newton yang juga disahkan sebagai autisme?

Ikon dunia yang disahkan autisme

Apa salahnya jika kita sebagai masyarakat menjadikan kejayaan ikon-ikon ini untuk mengubah mentaliti dan meletakkan golongan autisme ini sebagai anak luar biasa yang bakal melakar sejarah dunia?

Tahun lalu, seorang bapa dikenali sebagai Abdul Malek MB telah berkongsi pengalamannya selepas anak didiagnos dan disahkan autisme.

Abdul Malek bersama anaknya Ibrahim

Anaknya, Ibrahim disahkan austisme ketika usia mencecah 3 tahun 1 bulan.

Abdul Malek tidak sedar Ibrahim anak autisme kerana fizikal dan tumbesarannya normal, sehinggalah ibu mentua membawa anak kesayangannya itu bertemu doktor pakar untuk didiagnos.

Apa yang membawa mentua bertemu pakar untuk Ibrahim didiagnos?

1- Usia Ibrahim 2 tahun hingga tarikh didiagnos langsung tidak mengeluarkan suara walaupun pada usianya setahun sudah keluar beberapa perkataan.

2- Apabila dipanggil tiada sahutan dan tidak menoleh.

3- Tidak bermain permainan lego (bricks) yang dibeli dan bermain dengan cara yang tidak sepatutnya walaupun sudah diajar beberapa kali.

Abdul Malek bersama Pengasas Autism Cafe Project, Mohd Adli Yahya

4- Main permainan seperti lori, kereta dengan cara agak pelik. Main tayar, sembunyi dan susunkan semuanya bawah sofa.

5- Selalu bangun malam. Biasa pukul 2 pagi terjaga hingga 4/5 pagi dan adakala hingga ke subuh. Apa dia buat? Bermain sendirian, melompat-lompat kadangkala ketawa sendirian kadangkala menangis sendirian tanpa sebab.

6- Dua minggu pertama di nursery hampir semua rakan digigitnya. Waktu itu usia Ibrahim 2 tahun 4 bulan.

7- Bila bercakap dengan dia, tiada eye contact. (Kita sedang cakap dengan dia tapi dia tengok tempat lain)

Kongsi Abdul Malek lagi, dia termenung lama dan merenung kembali perkembangan brahim sejak dilahirkan. Rupanya tanda-tanda autisme itu sudah ada sejak bayi!

Perkongsian yang sangat bermanfaat oleh Abdul Malek untuk ibu bapa di luar sana

Diharap perkongsian daripada Abdul Malek ini dapat membantu ibu bapa di luar sana untuk menambah pengetahuan tentang autisme.

Ciri-ciri dimiliki Ibrahim yang disedari oleh Abdul Malek selepas anaknya didiagnosCiri-ciri dimiliki Ibrahim yang disedari oleh Abdul Malek selepas anaknya didiagnos
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang autisme, anda juga boleh luangkan masa bersama Austisme Café Project dalam kempen khas menyuntik kesedaran sekaligus, menghapuskan stigma dan pandangan pelik masyarakat terhadap tentang golongan austisme.

Kolaborasi antara Autisme Café Project dan Citta Mall itu bakal berlangsung pada 24 hingga 26 Ogos 2018.

Program kebajikan ini turut melibatkan lapan remaja autisme berusia 18 tahun untuk bersama-sama dengan pengunjung dan lebih menarik lagi anda akan lihat sendiri yang mereka sebenarnya tidak ada beza dengan golongan normal.

Mereka mampu bekerja dan bergaul seperti biasa, seperti kita semua. Proud!

Adli, tidak pernah putus asa untuk memberi kesedaran tentang autisme


Sementara itu pengasas Autime Café Project, Mohd. Adli Yahaya berkata tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang autisme.

“Kita perlu buang pandangan sinis masyarakat terhadap golongan istimewa ini kerana sudah tiba masanya mereka diberi peluang untuk menikmati apa yang kita semua nikmati.

Adli bersama June Lim (kanan), ARA Asset Management Limited, Coutry Head for Malaysia

“Ada anak austisme yang bersama dengan Autism Café Project kini sudah bekerja di pasaraya-pasaraya besar di luar sana, dan ini membuktikan mereka juga seperti kita serta perlu diberi hak sama,” katanya.

Sementara itu ARA Asset Management Limited (ARA) Coutry Head For Malaysia, June Lim, berkata Citta Mall berbesar hati bekerjasama dengan Austism Cafe Project kerana mahu membuktikan kepada masyarakat bahawa golongan autisme itu hebat.

"Kami mahu buktikan mereka yang memiliki ahli keluarga autisme mampu mencipta sesuatu menakjubkan," katanya ketika majlis sidang media yang berlangsung di Citta Mall, Ara Damansara baru-baru ini. 
 
 
 
 
 
 
Comments