Rojak Daily Logo

Tip Melancong: Kemahiran Memasak ‘Ala’ Pro

0
comments
Tip Melancong: Kemahiran Memasak ‘Ala’ Pro
Nak pergi melancong? Jangan lupa untuk membawa bahan-bahan makanan ini! (Gambar: labelleassiette.co.uk)

Tempoh kunjungan ke luar negara terutama ke Eropah tentunya mengambil masa panjang, barulah berbaloi wang yang dikeluarkan untuk kos penerbangan dan penginapan. Tekak Malaysia, walaupun berada di luar negara masih mencari hidangan tempatan yang menepati selera. Selain itu kesukaran mencari hidangan halal membuatkan pengunjung tempatan memilih memasak sendiri di bilik hotel.

#1 Terdapat pelbagai perencah makanan segera di pasaran dengan variasi menu. Nasi beriyani, sambal ayam, nasi goreng atau nasi lemak. Anda hanya perlu panaskan paket makanan setiap kali perut berkeroncong. Setiap paket ini mampu bertahan beberapa hari bergantung kepada jumlah pengambilan makanan harian anda.

Insert Image Title Here | Rojak Daily
Gambar: www.sunshinekelly.com

#2 Mi segera antara makanan wajib yang diisi di dalam luggage. Bawalah sekurang-kurangnya satu mi segera cawan dan selebihnya paket biasa. Cawan ini boleh digunakan sebagai bekas makanan atau minuman untuk dipakai buang terutama pada waktu terdesak. Bawa juga sudu dan garfu plastik yang bukan sahaja ringan tetapi boleh terus dibuang kala ketiadaan air untuk mencuci.

Insert Image Title Here | Rojak Daily
Gambar: The Star

#3 Anda juga boleh membawa sambal tumis ikan bilis kering. Hidangan ini bukan sahaja tahan sehingga sebulan, malah boleh dijadikan pes untuk menyediakan nasi atau mi goreng. Sambal tumis juga sedap dimakan bersama roti dan nasi panas.

Insert Image Title Here | Rojak Daily
Gambar: www.rasa.my

#4 Bawa beberapa biji telur. Letakkan di dalam bekas makanan dan alaskan dengan kain atau tisu bagi mengelakkannya pecah. Selain direndam di dalam air panas untuk dijadikan telur separuh masak, anda boleh merebus telur (di dalam cawan mi segera) dan dicampurkan dengan pes sambal. Nah, siap hidangan sambal tumis telur. Jika anda membawa periuk nasi elektrik, telur dan pes sambal ini jika dicampurkan dengan nasi tentunya menghasilkan nasi goreng yang enak terutama saat berada di musim sejuk di perantauan.

Insert Image Title Here | Rojak Daily
Gambar: anekatop10.com

#5 Serunding antara makanan yang sering dibawa. Sudah puas mengenakan serunding dengan nasi atau roti dan sekiranya anda mempunyai periuk atau kuali bolehlah mencuba resipi ini. Taburkan serunding di atas roti, kemudian letakkan sekeping keju diatasnya dan panaskan di dalam periuk nasi sehingga keju mencair.

Insert Image Title Here | Rojak Daily
Gambar: serundingtimur.wordpress.com
 
 
Comments