CLOSE
CLOSE

Plug-in: PS42 Antara 'Gaming Laptop' Paling Ringan Di Pasaran!

Kurang daripada 1.5kg!


  • Share:

Plug-in: PS42 Antara 'Gaming Laptop' Paling Ringan Di Pasaran!
Peranti gaming terbaru di pasaran. (Gambar: MSI)
Sebut saja MSI pasti komputer riba gaming mereka sudah terbayang. Memang MSI lebih terkenal dalam segmen berkenaan.

Baru-baru ini MSI telah melancarkan sebuah komputer riba terbaru mereka iaitu PS42. Namun apa yang menarik perhatian kami adalah berat komputer gaming ini. Hanya seberat 1.19 kg! Bagi kami, jika laptop itu kurang daripada 1.5 kg ia sudah dikira ringan.

Dibina dengan casis logam sepenuhnya dengan kemasan metallic hair-brush, saiz laptop ini juga agak kompak dengan skrin sebesar 14 inci dengan resolusi HD penuh.

Kemasan metallic hair-brush.
Kalau sudah namanya produk gaming, maka spesifikasi dalaman juga harus mantap. Model ini dijana cip pemproses intel i7 dan i5 generasi ke-8.

PS42 turut dilengkapi dengan kad grafik discrete NVIDIA GeForce MX150 bagi memastikan anda dapat menikmati permainan video atau menyunting video serta gambar dengan lancar. 

Seriously nipis!
Untuk elak peranti ini menjadi panas, MSI berjaya menangani isu berkenaan dengan memperkenalkan reka bentuk dwi ekzos haba.

Peranti ini dijual pada harga RM3,949 bagi model intel i5.

  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top