CLOSE
CLOSE

Punya 3 Maskot, Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Sukan Asia 2018 Jakarta-Palembang?

Persembahan pembukaan oleh Anggun, Ariel, Tulus, Rossa dan Raisa.


  • Share:

Punya 3 Maskot, Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Sukan Asia 2018 Jakarta-Palembang?

Dua hari lagi, Sukan Asia 2018 bakal membuka tirainya apabila negara Indonesia atau lebih tepatnya Jakarta dan Palembang menjadi tuan rumah untuk edisi ke-18 ini.

Indonesia menjadi tuan rumah bagi edisi ke-18 Sukan Asia.

Turut dikenali dengan nama Jakarta-Palembang 2018, acara sukan yang diadakan setiap empat tahun ini mempertandingkan 40 acara sukan dan upacara pembukaan, penutup dan acara sukan utama akan diadakan di stadium Gelora Bung Karno (GBK), Senayan, Jakarta.

 

Apa yang anda perlu tahu tentang Sukan Asia 2018 Jakarta-Palembang ini?

 

1. Jakarta-Palembang 2018 akan berlangsung pada 18 Ogos sehingga 2 September 2018. Menyaksikan 45 buah negara bertanding, Malaysia menghantar seramai 447 orang atlet bertanding dan atlet karate, Syakilla Salni diamanahkan sebagai pembawa Jalur Gemilang.

 Atlet karate selaku pembawa Jalur Gemilang, Syakilla Salni.

2. Maskot bagi Jakarta-Palembang 2018 terdiri daripada tiga haiwan hampir pupus yang menjadi kebanggaan negara Indonesia. Pertamanya adalah Bhin Bhin, seekor burung Cenderawasih yang boleh didapati di kawasan Papua dan Raja Ampat. Bhin Bhin melambangkan strategi bagi acara sukan kali ini. Kedua adalah Atung, seekor rusa Bawean yang mewakili kepantasan. Haiwan ini hanya boleh didapati di sebuah kepulauan kecil di Surabaya. Terakhir adalah seekor badak sumbu bernama Kaka. Kaka melambangkan kekuatan dan haiwan ini boleh dijumpai di Taman Negara Ujung Kulon, Jawa.

 Bhin Bhin, Atung and Kaka.

3. Acara pembukaan Jakarta-Palembang 2018 dijangka diraikan secara besar-besaran. Bakal menjadi tumpuan dunia, acara pembukaan ini akan dimeriahkan dengan persembahan pemuzik handalan Indonesia seperti Anggun, Raisa, Tulus, Rossa, Ariel Noah, Cakra Khan dan ramai lagi. Pentas utama akan direka khas seperti pemandangan gunung bercirikan tumbuhan khas di Indonesia.

 Senarai artis yang akan menjayakan upacara pembukaan.

4. Astro akan menyiarkan lapan saluran secara percuma buat seluruh rakyat Malaysia. Majlis Pembukaan Sukan Asia 2018 akan disiarkan pada 18 Ogos, jam 8.00 malam di Saluran 790 HD /780 SD.

 

  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top