CLOSE
CLOSE

Berada Di Kedudukan Kedua, Juadah Malaysia Ini Mengalahkan Sushi Dari Jepun!

Terus teliur nak cuba makanan top 5 ini.


  • Share:

Berada Di Kedudukan Kedua, Juadah Malaysia Ini Mengalahkan Sushi Dari Jepun!
Apa agak-agak korang makanan yang menduduki tempat kedua? (Gambar: Spimfg)
Jika ditanya apakah makanan paling sedap sepanjang anda bercuti, agak-agaknya apa pilihan pertama? Pasti jenuh memikirkan apa yang terbaik dan paling lazat bukan.

Namun tidak perlu susah-susah nak fikir kerana portal Lonely Planet telah pun menyenaraikan sehingga 490 jenis makanan berdasarkan pengalaman mereka mengelilingi dunia.

Apa yang memeranjatkan kali ini adalah terdapat satu makanan dari Malaysia tersenarai dalam lima teratas. Makanan terbabit adalah laksa daripada Kuala Lumpur. Bukan Perak, Johor mahupun Sarawak.

Bunga kantan, bahan wajib laksa!
Menurut mereka, laksa mempunyai rasa hebat dan berkrim dan mudah didapati di Kuala Lumpur terutamanya di Jalan Petaling. Lebih membanggakan lagi, laksa berjaya menewaskan makanan kebanggaan Jepun iaitu sushi. 

Lebih berlemak.
Kedudukan pertama pula dipegang makanan Sepanyol iaitu pinxtos atau pincho. Anda boleh semak senarai makana lain di sini, Lonely Planet.

  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top