Rojak Daily Logo
Back to top

Gambar Kehamilan Wanita Ini Pasti Meruntun Jiwa Anda

Penuh makna tersirat.

0
comments
Gambar Kehamilan Wanita Ini Pasti Meruntun Jiwa Anda
Kenangan sampai bila-bila. (Gambar: Stephanie)
Pertama kali melihat gambar ini, pasti anda tertanya-tanya mengapakah lelaki terbabit dibiarkan begitu.

Hakikatnya ia hanyalah suntingan semata-mata kerana lelaki terbabit tidak lagi wujud. Individu berkenaan maut dalam kemalangan beberapa bulan lalu.

Sebagai cara untuk mengabadikan kenangan bersama suami tercinta, isterinya kemudian melakukan satu photoshoot bagi mempelihatkan suaminya masih ada. Lebih meruntun jiwa photoshoot terbabit dilakukan ketika wanita berkenaan sedang hamil.

Sweet bukan?
Wanita itu dikenali sebagai Stephanie Maynetto dan difahamkan suaminya, Stuart meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan tragis ketika menunggang motosikal. Ketika itu kandungan Stephanie hanyalah berusia 18  minggu.

Menurut Stephanie tujuan photoshoot itu dilakukan sebagai simbolik dan kepercayaan yang suaminya sentiasa ada dalam keluarga kecil mereka biarpun kini berada di ‘dunia’ lain.

Siapa pun boleh sebak melihat gambar ini.
“Penggambaran ini agak sukar sebenarnya memandangkan Stuart (suami) tidak lagi bersama saya secara fizikal. Saya mahu anak-anak saya ini sentiasa mengingati ayahnya sampai bila-bila,” katanya menerusi Metro UK.

Penuh emosi.
Stephanie selamat melahirkan anak keduanya itu pada 17 Mei lalu dan memberikan nama Stuart II.
 
 
Comments