CLOSE
CLOSE

Hijab Bukan Penghalang - Gadis Malaysia Menang Tempat Kelima Miss Universe New Zealand

#fliptudung


  • Share:

Hijab Bukan Penghalang - Gadis Malaysia Menang Tempat Kelima Miss Universe New Zealand
Foto: Instagram @nurulzbshamsul

Cantik dan bijak, gadis Malaysia, Nurul Zuriantie Shamsul berjaya meraih tempat kelima dalam pertandingan Miss Universe New Zealand 2018 pada malam Sabtu.

Peserta dari Malaysia, Nurul Zuriantie Shamsul.

Nurul anggun mengenakan busana berona emas dengan warna hijab sedondon merupakan antara 20 finalis yang berjaya mara ke peringkat akhir pertandingan ratu cantik itu.

 

Miss Universe New Zealand disandang oleh gadis berusia 27 tahun, Estelle Curd yang sekaligus akan mewakili negara itu bagi pertandingan Miss Universe ke-67 yang bakal diadakan di Bangkok, 17 Disember ini.

 Top 5 Miss Universe New Zealand 2018.

Pelajar tahun akhir jurusan Psikologi di University of Waikato, Hamilton, New Zealand ini merupakan anak kelahiran Ampang, Selangor namun telah berpindah ke New Zealand ketika berusia lima tahun.

 

“Alhamdulillah untuk tempat kelima ini. Saya berterima kasih kepada semua yang menyokong saya. Ia tidak berlaku tanpa kasih sayang dan sokongan anda. Ia begitu bermakna untuk saya", tulis Nurul di laman Instagramnya.

 Anggun berbusana rona emas.

Nurul merupakan satu-satunya peserta Asia, beragama Islam dan bertudung. Dia juga mencatat sejarah sebagai peserta bertudung pertama berjaya mara ke pentas akhir pertandingan ratu cantik itu di New Zealand.

 

  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top