Anuar Zain Bakal Gegarkan Singapura Oktober Ini

Bakal bikin peminat di Singapura histeria.


  • Share:

Anuar Zain Bakal Gegarkan Singapura Oktober Ini

Penyanyi sensasi Malaysia Anuar Zain, bakal muncul dengan konsert terbaru, teristimewa buat semua pencinta muzik serta peminat-peminat di Singapura dan serantau.

 

Setelah kejayaan konsert pada tahun 2015 di Singapura, Anuar Zain kini kembali ke pentas Singapura untuk persembahan satu malam yang istimewa dan pastinya memukau ramai.

 

Konsert Anuar Zain Cinta Takkan Berakhir Live In Singapore 2018 akan diadakan pada 26 Oktober 2018, jam 8.30pm di The Start Theatre @ The Star Performing Arts Centre.

 

Dengan kemenangan dan penghargaan yang diberi oleh Anugerah Industri Muzik, Anugerah Juara Lagu, Anugerah Planet Muzik serta pelbagai majlis anugerah lain di dalam industri muzik , vokal dan bakat nyanyian Anuar Zain telah meletakkan beliau didalam liga yang teratas dan tersendiri seterusnya menjadikan beliau sebagai salah seorang penyanyi dan penghibur yang dikagumi di rantau ini.

 

Tiket-tiket berharga dari SGD $228, $188, $158, $128 dan $98 (tidak termasuk yuran tempahan SISTIC) dan boleh didapati di semua outlet SISTIC, via hotline 63485555 dan juga secara online di www.sistic.com.sg mulai 3 Ogos 2018 ini.

 

Bersiap sedia untuk dibuai dengan alunan suara merdu penyanyi terkemuka ini. Koleksi lagu lama dan juga yang terbaru pasti akan meninggalkan kesan buat peminat-peminat tersayang.


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top