CLOSE
CLOSE

Masih Terkial Nak Buka Buah Durian? Gunakan Tiga Langkah Mudah Ini

Oh kome, derian dah berbunga!


  • Share:

Masih Terkial Nak Buka Buah Durian? Gunakan Tiga Langkah Mudah Ini
Foto: Durian King TTDI

Sana sini orang kongsi pasal durian, teman di kampung, di timeline media sosial mahupun gerai-gerai durian di tepi jalan. Durian sudah sinonim sebagai raja buah di Asia Tenggara.

Musim durian sedang melanda.

Bila tibanya musim durian, pastinya makan di gerai durian memudahkan. Anda hanya perlu pilih jenis durian yang berkenan di hati antaranya Musang King, 101, D24, Durian Merah dan sebagainya. Kemudian, tauke durian akan siap membuka durian untuk anda nikmati.

 Bahagian kegemaran ramai, kucing tidur.

Namun untuk anda yang mahukan kepuasan, beli dan makan di rumah menjadi pilihan. Kami yakin, pasti ramai yang belum tahu bagaimana caranya untuk membuka buah durian. Daripada bersusah payah cuba membuka sampai kadang-kala hancur jadinya, kami ajar anda cara untuk membuka buah durian dengan mudah dan betul.

 

p/s: Sebelum buka, jangan lupa gunakan sarung tangan ataupun kain untuk tujuan keselamatan.

  1. Potong tangkai durian

Potong tangkai durian.

Jika durian yang anda beli masih mempunyai tangkai, potong keseluruhan tangkai tersebut supaya ia senang diletakkan secara menegak di atas lantai.

 

2. Cucuk pisau di tengah garisan

Kopek hujung durian sampai terbuka.

Tidak semestinya menggunakan parang, anda boleh membuka buah durian dengan menggunakan pisau dapur yang biasa asalkan ia tajam. Pegang durian dengan bahagian bawahnya mengadap anda dan bahagian tangkainya tadi di bawah. Ada lima garisan di tengah durian, cucuk pisau dan kopek ke belah kiri atau kanan anda.

 

3. Guna kekuatan tangan

Gunakan tangan untuk buka.

Apabila anda lihat hujung durian telah terbuka, letak pisau dan disinilah kekuatan tangan anda diperlukan. Dengan menggunakan kedua-dua belah tangan, pegang kulit durian dan kopek tengahnya sehingga ia terbuka sepenuhnya.

 

Jika anda mahukan lebih maklumat tentang jenis-jenis durian, tonton video dari Rojak Daily ini. Terima kasih kepada Durian King TTDI. Selamat mencuba!


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top