Rojak Daily Logo

Nak Sihat? Cuba Cara Ini!

0
comments
Nak Sihat? Cuba Cara Ini!
Mulakan usaha ke arah gaya hidup sihat hari ini! (Gambar asal: lustycare.com)

Gaya hidup sihat bukan dinilai dengan tubuh badan langsing atau penampilan cantik, tetapi kesihatan fizikal terpamer melalui minda positif dan tubuh yang kekal aktif.

1) Diet Seimbang Bukan Makan Sampai Kekenyangan

Gambar: www.atlanticibl.com

Jika anda makan sayur, buah, nasi dan daging, itu sudah memadai untuk dikatakan anda mengambil pemakanan seimbang. Sayur dan buah kaya dengan vitamin dan serat, nasi pula karbohidrat manakala daging sumber protein dan lemak. Lebihkan buah-buahan dan sayur-sayuran dan kurangkan makanan berlemak, bergula dan bergaram. Paling penting, jangan terpengaruh dengan nafsu makan membuak-buak. Semua kafe hipster nak dicuba, belum lagi jajan buat 'munchy-munchy' dan air manis sebaldi. Hang memang tak sayang body?

2) Bersenam

Gambar: faizalfairuz.com

Bukan suruh berlari, minta parkir kereta jauh sedikit supaya boleh berjalan kaki pun boleh buat kita muncung tiga inci. Setakat berjalan dari ruang tamu ke dapur, rasanya mampu ke mencapai 10,000 langkah sehari? 1,000 pun tak pasti lagi. Berenang apatah lagi, macam-macam alasan kita beri. Memang susah nak bersenam sendiri, lebih elok la enrol di gimnasium. Kini anda ada 15 juta alasan untuk terus fit dan sihat apabila Celebrity Fitness dengan kerjasama Program Kesetiaan AirAsia BIG menawarkan ganjaran berupa 15 juta mata ganjaran AirAsia BIG kepada anda melalui kempen Get Fit ‘n Fly! Kempen ini berlangsung selama tiga bulan dari 1 Julai sehingga 30 September 2016. Siapa yang tidak mahu pergi melancong. Sudahlah berjaya dapatkan berat badan idaman, dapat pula mata ganjaran untuk melancong... Bertuah sungguh badan!

3) Periksa Tahap Kesihatan

Gambar: darahtinggihipertensi.com

Bukan tunggu sakit baru nak ke klinik. Kata orang mencegah lebih elok daripada merawat. Jadi, pergilah set temujanji dengan hospital berhampiran untuk lakukan pemeriksaan kesihatan menyeluruh supaya kita dapat kesan penyakit-penyakit yang menular dengan senyap seperti kanser, jantung, kencing manis dan darah tinggi.

4) Minum Air

Bukan teh ais, air sirap bandung ais krim soda ataupun kopi tarik kaw yang kami maksudkan. Air putih atau nama lainnya air suam, air jarang, air mineral, air masak atau sky juice. Lapan gelas sehari je pun, tak banyak yang kena minum. Selain mengganti kehilangan air pada tubuh, air ini diperlukan untuk melancarkan fungsi organ-organ dalaman seperti ginjal dan sistem penghadaman. Mereka yang ingin kurus juga digalakkan minum air suam secukupnya atau setiap kali terasa lapar.

5) Rehat. Rehat dan Tidur Secukupnya

Gambar: www.medibank.com.au

Ada yang kata boleh kurus kalau kurang tidur tetapi pakar kecergasan kata tubuh perlukan rehat secukupnya untuk berfungsi secara optima pada keesokan harinya.

6) Katakan Taknak

Gambar: www.mreena.com

Bukan kepada gaya hidup sihat tetapi kepada bahan berasas tembakau iaitu rokok. Cukup-cukuplah anda membahayakan diri sendiri dan orang sekeliling yang bertindak menyedut asap rokok yang dihembus. Cukuplah! Katakan taknak dan mulakan azam untuk bertukar kepada gaya hidup sihat untuk diri sendiri dan insan tersayang... Juga dompet anda!

7) Stress No More

Gambar: www.newdaynewlesson.com

Belajar bertenang, bersabar dan positif dalam segala hal. Ini baru kereta depan potong barisan, kita dah maki hamun sebakul, hon tak henti. Sabar. Mereka yang gagal bersabar ni selalunya mempunyai penyakit darah tinggi atau berpotensi mengalami masalah jantung. Jadi, bawa bersabar. Usah besarkan perkara kecil, dan nikmati setiap perkara yang terjadi kepada kita dengan cara positif. Bukannya ada faedah pun kalau kita marah-marah, kan?

8) Persekitaran Bersih

Yang ni pun penting. Persekitaran yang kotor dan serabut boleh sebabkan tekanan dan ganggu emosi. Jadi, rajin-rajinlah mengemas ruang pejabat dan rumah anda... Bukankah itu satu bentuk senaman fizikal dan terapi minda?

Banyak lagi rejim penjagaan kesihatan dan gaya hidup sihat yang boleh kita amalkan. Tidak kisahlah jika kita tidak dapat buat semua, tapi kita ada inisiatif untuk melakukan perubahan dalam hidup sedikit demi sedikit. Good luck!

 
 
Comments