CLOSE
CLOSE

Masih Ingat Pada Gadis Salji Tular Ini? Lihat Gambar Terbarunya

Bertuah kalau Malaysia ada musim sejuk!


  • Share:

Masih Ingat Pada Gadis Salji Tular Ini? Lihat Gambar Terbarunya
Foto: Instagram @anastasiagav

Kalau anda masih ingat pada awal tahun 2018 ini, seorang gadis Rusia menjadi sensasi seluruh dunia setelah gambar swafotonya pada musim sejuk tular.

 

Gadis tersebut, Anastasia Gruzdeva mula dikenali ramai sekitar bulan Januari tahun ini ekoran dirinya menahan sejuk sehingga helaian bulu mata dilitupi salji dan membeku gara-gara cuaca sejuk melampau.

 Musim sejuk melampau!

Gadis berusia 26 tahun ini menetap di Yakutsk, Rusia, sebuah kawasan yang mengalami cuaca sejuk ekstrem sehingga mencecah suhu sehingga -60 darjah celsius apabila tiba musim sejuk.

 

Menerusi akaun Instagram @anastasiagav, Anastasia kini kelihatan gembira menikmati musim panas dengan suhu 30 darjah celsius.

 Menikmati musim panas.

Berkongsi gambar bergembira di pantai dan ladang bunga, gambar-gambar yang dimuatnaik jelas menunjukkan perbezaan drastik tempat tinggalnya apabila peralihan musim berlaku.

 Bercanda di pantai.

Dengan musim panas hampir berakhir dan akan masuknya musim sejuk pada hujung tahun ini, Anastasia pastinya sudah bersedia untuk berhadapan dengan cuaca sejuk melampau.


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top