Anda Mesti Terkejut Kesemua Gambar Ini Hanya Diambil Menggunakan IPhone!

Siap ada 'award' lagi!


  • Share:

Anda Mesti Terkejut Kesemua Gambar Ini Hanya Diambil Menggunakan IPhone!
Extraordinary! Hanya menggunakan iPhone saja. (Gambar: IPPAWARDS)

Zaman sekarang semuanya bergantung kepada telefon pintar termasuklah bidang fotografi. Lebih mudah dan banyak aplikasi suntingan yang tersedia.

Sebab itu jugalah munculnya istilah mobile photography yang kini semakin menjadi kecenderungan anak muda. Anda pasti familiar dengan hashtag #igersmalaya #igmalaysia #hanyarandom #mobilegraphy_xv

Pemenang Grand Prize.
Atas kecenderungan ini jugalah baru-baru ini satu pengiktirafan telah diadakan menerusi The iPhone Photography Awards atau IPPAWARDS. Jurugambar daripada 140 negara bertanding menerusi beberapa kategori dipertandingkan. Syarat penting pastilah menggunakan iPhone.

Pemenang utama tahun ini menjadi milik jurugambar Bangladesh menerusi kategori dokumentari bertajuk Displaced.  

Photographer of the Year
Gambar ini menceritakan kisah anak pelarian Rohingya yang sedang menonton filem kesedaran kesihatan dan sanitasi berhampiran kem pelarian Tangkhali di Ukhiya. Anda boleh lihat sendiri gambar di atas, penuh maksud tersirat.

Sebenarnya banyak lagi kategori lain dan anda boleh lihat gambar yang telah pun menang mengikut kategori disertai. Setiap pemenang ini menerima sekeping bar emas dan iPad Pro. Tempat kedua, dan ketiga masing-masing menerima Apple Watch Sport dan bar Palladium.
Photographer of the Year (2nd)
Photographer of the Year (3rd)
Di bawah adalah sebahagian gambar yang berjaya memenangi dalam kategori masing-masing.  

Pemenang pertama kategori haiwan.Kategori Arkitektur.
Kategori kanak-kanak.Kategori landskap.Kategori alam semula jadi.
Kategori panorama.Kategori Potret.
Jika mereka ini boleh menang dengan hanya menggunakan gambar iPhone sudah tentu anda pun boleh turut serta. Ayuh team iPhone semua serlahkan kreativiti anda dan sertai pertandingan ini tahun depan!


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top