CLOSE
CLOSE

Inilah 10 Destinasi Asia Terbaik Tahun 2018, Nombor 2 Patut Ada Dalam Bucketlist

Teringin nak jejakkan kaki ke Pulau Komodo!


  • Share:

Inilah 10 Destinasi Asia Terbaik Tahun 2018, Nombor 2 Patut Ada Dalam Bucketlist
Foto: Getty Images, Klook dan Shutterstock

Pernah terfikir untuk pusing benua Asia? Tidak kira sama ada anda kembara solo ataupun bersama teman bercuti, inilah 10 bandar yang mendapat perhatian dunia pada tahun 2018. Segalanya ada di Asia, ini yang anda perlu masukkan dalam senarai bucketlist yang seterusnya!

 

10. Taman Negara Komodo, Indonesia

Taman Negara Komodo yang terletak di Pulau Padar, Indonesia sememangnya menjadi tarikan penggemar adventure. Kehidupan haiwan yang agak misteri dan ditakuti ini sebenarnya menarik lebih ramai pengungjung untuk melihat sendiri habitat mereka. Untuk ke sini, anda boleh turun di Bali dan mengambil penerbangan domestik untuk le Labuan Bajo. Dari Labuan Bajo, anda boleh mengambil pakej lawatan yang mengandungi trip ke Taman Negara Komodo. Mahukan yang lebih ekstrem, anda juga boleh menyelam untuk aktiviti selam skuba dan terus ke taman negara ini.

Peta Komodo Island.  

9. Sichuan, China

Kampung pedalaman,  bangunan pencakar langit, panda gergasi dan makanan yang menyelerakan, Sichuan antara destinasi yang menyerlah pada tahun 2018 ini. Bermula 2018 ini juga, pelancong boleh menggunakan Sichuan-Tibet Railway yang boleh membawa anda melihat perkampungan Tibet yang cukup memukau.

Peta Sichuan.  

8. Arugam Bay, Sri Lanka

Sri Lanka sememangnya antara destinasi pelancongan terhangat. Salah satu yang menarik perhatian adalah Arugam Bay, sebuah bandar tepi laut di kawasan pantai timur Sri Lanka, cukup terkenal dan popular dalam kalangan kaki luncur air.  Sri Lanka antara negara yang lengkap untuk anda yang mencari keindahan alam semulajadi, bayu angin laut serta kota yang penuh sejarah. Jika berkesempatan menjejakkan kaki ke Arugam, jangan lupa singgah di Kumana National Park, yang menjadi tempat lindungan bagi harimau bintang, gajah dan buaya.

Peta Arugam Bay.  

7. Lumbini, Nepal

Nepal adalah salah satu syurga kaki kembara. Tidak hanya tertumpu pada gunung Everest dan Banjaran Himalaya, ada banyak lagi tempat menarik yang Nepal tawarkan. Antaranya, Lumbini. Atas usaha komuniti penganut Budha antarabangsa, nama Lumbini berada di puncak. Jika dahulunya Kawasan suci penganut Budha ini terpelihara dari sebarang jejak pelancong, kini Lumbini megah membangun sehingga lapangan terbang sedang dalam pembikinan . Walaupun pembangunan ini menjadi pemangkin kepada peningkatan industri pelancongan di Lumbini, warisan di kawasan ini seperti kuil-kuil tetap terpelihara.

Peta Lumbini.  

6. Chiang Mai, Thailand

Thailand antara yang mencuri tumpuan tahun 2018 dan atas sebab itulah tiket penerbangan ke Chiang Mai jarang berada di bawah RM250. Terkenal dengan sejarahnya yang berusia, Chiang Mai menjadi pilihan golongan millennials bercuti. Akibat daripada pertembungan budaya dan arus kemodenan, Chiang Mai mempunyai banyak kawasan instaworthy terutamanya kafe-kafe di pusat bandar dan memberikan pengaruh yang baik buat kaki seni.

Peta Chiang Mai.  

5. Nagasaki, Jepun

Nama Nagasaki mungkin terkenal apabila tercetusnya peristiwa pengeboman pada tahun 1945.  Walaupun bandar ini pernah musnah, ia kini membangun dengan perkembangan industri pelancongan yang ditawarkan oleh Nagasaki. Apabila berada di sini, anda wajib melawat Nagasaki Peace Park, sebuah taman yang dibina untuk memperingati peristiwa tragis yang pernah berlaku. Anda juga boleh ke Muzium Bom Atom dimana terdapat pelbagai info dan barangan lama yang masih bersisa dan meninggalkan kesan yang berdarah buat kawasan ini.

Peta Nagasaki.  

4. Western Ghats, India

Mungkin anda boleh lupakan sebentar segitiga India, anda seharusnya memilih tanah tinggi di selatan India sebagai impian. Western Ghats atau lebih dikenali sebagai Sahyadri terdiri dari Kerala, Tamil Nadu, Karnataka, Maharashta dan Gujarat. Kawasan ini tersenarai di dalam senarai Unesco  Kawasan pergunungan yang meliputi kawasan 140,000 kilometer persegi dan terbentang sepanjang 1,600 kilometer ini tercatat di dalam senarai Unesco sebagai kawasan utama biodiversiti dunia, melindungi pelbagai haiwan liar seperti gajah dan harimau sehinggalah kepada spesis bunga yang terancam.

Peta Western Ghats.  

3. Ho Chi Minh City, Vietnam

Terkejut Ho Chi Ming City (HCMC) masih tersenarai sebagai 10 destinasi pilihan tahun 2018? Orang Malaysia kebanyakan memilih HCMC sebagai destinasi membeli-belah namun HCMC bukanlah sekadar ada Pasar Ben Thanh. Kisah sejarah Vietnam menjadi tarikan utama golongan muda memilih Vietnam sebagai destinasi percutian. Selain itu, makanan di HCMC antara yang mengujakan pelancong. Mungkin bagi golongan yang beragama Islam, pilihan yang ada agak terhad namun bagi yang bukan beragama Islam, HCMC ibarat syurga makanan tepi jalan.

Peta Ho Chi Minh City.  

2. Uzbekistan

Betul, Uzbekistan! Mendapat jolokan nama Cities of Silk Road, Uzbekistan merupakan imaginasi kaki kembara yang mahukan sesuatu yang lain dari yang lain. Walaupun pada awalnya sebahagian besar dari negara ini dikawal ketat ekoran pihak Soviet, kini Uzbekistan terbuka menerima kehadiran pelancong, mendedahkan persekitaran dan alam semulajadinya yang asli. Pada hujung 2017, Uzbekistan tertumpu pada industri pelancongan apabila mengumumkan skim bebas visa, laluan penerbangan yang baru dan sambungan laluan kereta api berkelajuan tinggi. Seni bina di Uzbekistan perlu diberi tumpuan oleh para pelancong. Binaan bangunan seperti masjid dengan corak mozaik sangat memukau.

Peta Uzbekistan.  

1. Busan, Korea

Kalau anda sentiasa berulang-alik ke Seoul seperti balik kampung, apa kata singgah Busan sebagai destinasi tambahan. Busan adalah sebuah bandar tepi laut yang tidak sesibuk Seoul, lebih tenang dan lebih relaks. Menjadi pilihan pencinta pantai, bandar kedua terbesar di Korea ini umpama syurga buat penggemar makanan laut. Anda boleh ke Jagalchi, pasar ikan yang terbesar di Korea dan nikmati kesegaran hasil laut mereka. Busan terkenal dengan budaya warisan, bandar yang berwarna-warni dan keramahan orangnya.

Peta Busan.  

  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top