"Inilah Antara Tiga Pemain Piala Dunia 2018 Yang Kerap 'Berlakon'" - Subkhiddin Mohd Salleh

Cuba teka antara tiga pemain ini, siapa paling suka berpura-pura?


  • Share:

Foto: Instagram @neymarjr, Reuters dan The National

Kalau anda peminat bola sepak tempatan, pasti anda mengenali Subkhiddin Mohd Salleh, bekas pengadil terkenal bola sepak negara yang kini bergelar Pengerusi Jawatankuasa Pengadil Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)

 

Menjelang Piala Dunia 2018 Rusia baru-baru ini, Subkhiddin terbang ke Moscow bagi menjalankan tugasnya sebagai Instruktur Teknikal Pengadil sejak 31 Mei yang lalu.

 Subkhiddin Mohd Salleh

Sebagai seorang yang perlu merancang persiapan pengadil dari aspek teknikal, beliau juga perlu menganalisis prestasi pengadil, memberi penjelasan teknikal kepada pemain dan pegawai pasukan bertanding serta memberi maklum balas mengenai prestasi pengadil.

 

"Tempat saya cuma di stadium, padang dan balik hotel membuat analisis setiap hari berkaitan dengan VAR (Video Assistant Referee)", jelasnya kepada Mstar.

 

Setiap pasukan akan diberi taklimat dengan oleh pengadil mengenai perkara-perkara yang perlu dielakkan seperti, sentuhan, panduan mengelak daripada dilayangkan kad merah dan sebagainya.

 

VAR hanya berfungsi sebagai pembantu pengadil, dan keputusan sesuatu perkara itu terletak di tangan mereka sendiri.

 

Menurutnya lagi, "antara pemain yang kerap 'berlakon' adalah seperti Neymar (Brazil), Mbappe (Perancis) dan Luis Suarez (Uruguay). Tapi yang paling kerap adalah Suarez."

 

Sumber: Mstar


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top