Rojak Daily Logo

Cara Manja Ambil Hati Suami

0
comments
Cara Manja Ambil Hati Suami
Suburkan benih cinta setiap hari. (Gambar: panduankeluargabahagia.blogspot.com)

Awal-awal usia perkahwinan punyalah romantik, tetapi bila sudah ada anak seorang segalanya hilang. Nikmat rumahtangga andai tidak dibaja akan layu akhirnya. Kita suburkan hubungan suami isteri agar cinta kasih sayang tu, sentiasa bercambah. Ini barulah relationship goal.

1) Kejutan: Siapa yang tak sukakan kejutan. Tak kiralah lelaki atau perempuan tentunya sangat menghargai kejutan daripada pasangan. Tak perlu mahal, sekeping kad dengan ayat romantis pujian melambung bersama sekotak coklat yang dihantar ke tempat kerja suami sudah memadai.

Gambar: adventure-some.com

2) Makanan Kegemaran: Sekali sekala masakkan makanan kegemarannya. Kalau tak pandai, inilah masanya belajar daripada mak mertua anda. Mula-mula mungkin tidak sedap, tak kena dengan selera Encik Abang, tetapi lama-kelamaan mesti sedap. Practice makes perfect.

3) Manis Muka & Sambut Di Pintu: Walaupun penat dengan kerja di pejabat, rumahtangga dan anak-anak, carilah masa bersiap berwangi sebelum suami pulang. Siapkan air secawan dalam peti sejuk dan sambut suami dengan senyuman. Salam dan beri ciuman di pipinya kanan dan kiri. Berikan air dan biarkan suami berehat seketika. Bukannya sambut suami dengan leteran panjang. Rimas tau kak kalau asyik membebel.

4) Bersyukur: Bersyukur kalau dapat suami yang rajin membantu di dapur atau menjaga anak. Tetapi selalunya apa yang dibuat suami memang tak sesempurna mana. Lipat baju dahlah senget, tak sama pula tu. Masak lebih minyak, buat air pun tak sedap dan bila pakaikan anak baju selalunya tak matching dengan seluar. Sabar! Layankan je kak. Kalau tak suka, senyap-senyap pergi betulkan. Tak perlu membebel. Untung dah, bila suami hendak membantu kita kan? Kalau nak tegur pun, carilah masa yang sesuai dan tegur dengan cara paling lembut dan manja. Barulah Encik Abang tak jadi marah.

Gambar: islaminfoshare.blogspot.co.id

5) Jangan Membantah: Dapat isteri yang kuat melawan memang mencabar ego. Tahulah sama-sama bekerja untuk meningkatkan ekonomi keluarga tetapi dah namanya suami, memanglah kena dihormati. Usah ditambah minyak dalam api yang sedang membara. Seeloknya diam dan cari masa sesuai untuk menerangkan keadaan sebenar atau meminta maaf.

6) Cari Masa Bersama: Tak perlu sampai tinggalkan anak dengan mertua semata-mata untuk bercuti bersama suami. Cukuplah sedikit usikan manja sebelum tidur dan sejurus bangun tidur, gurau senda, berkepit sambil menonton drama TV atau mandi bersama pada hujung minggu. Lupakan sekejap hal anak atau kerja, dan beri tumpuan pada pasangan di depan mata.

Gambar: rusydeeartz
 
 
Comments