Rojak Daily Logo

Diet Raya! Wujudkah?

Semuanya sedap waktu raya ni, jadi bersederhanalah.

0
comments
Diet Raya! Wujudkah?
Diet Raya yang mudah!

Musim raya memang mengundang nafsu makan yang membuak-buak. Apatah lagi dengan jemputan open house yang tidak putus-putus, dihidang dengan juadah raya yang sedap belaka. Siapa yang tidak kuat tahan nafsu makan, alamatnya memboroi dan mengembanglah badan sebulan ini. Bila puasa turun sekilo, habis raya naik sepuluh kilo.

Tapi, raya sebulan, setahun sekali pulak tu. Rugilah pulak kalau mengikat perut seikat-ikatnya, kan? Jawabnya, bedal lah semua selagi boleh, atau ada sebenarnya cara lain yang lebih sihat tetapi masih nikmat?

Saya mengunjungi Ridwan Mustafa aka lelaki-yang-senyum-lebar-di setiap-station-minyak-Shell aka pengasas bersama foodforfit.my untuk tips makanan raya yang less is more ini.

Banyak mitos dalam berdiet ni, daripada makanan yang tak ada rasa langsung, tak makan nasi berhari-hari sampailah kepada pil pelansing yang merosakkan badan. Tapi kata Ridwan, tipsnya yang paling mudah jangan sampai menyiksa diri, ambil berpada-pada dan bersederhana. Itu kata kuncinya, bersederhana. Dan kalau ikut track rekod Ridwan yang pernah gedempal mencecah ratusan kilo ini, rasanya kata kunci kesederhanaan itu ada benarnya.

Kata orang yang berjaya ubah gaya hidupnya sebegini, pasti ada benarnya. | Rojak Daily
Kata orang yang berjaya ubah gaya hidupnya sebegini, pasti ada benarnya. (Kredit Gambar: Ridwan Mustafa)

Macam mana nak bersederhana dalam rendang, kuih raya dan ketupat nasi? Susah tu bro…

Tidak, kata Ridwan. Paling asas dalam masakan orang Melayu (atau masakan Asia) ialah rasa. Makanan kita kaya dengan rasa. Rempah ratus terutamanya. Sedangkan banyak bahan sebenarnya tak diperlukan pun, sekadar penambah perisa.

Rendang daging dan ayam yang dibuat tanpa santan dan minyak! | Rojak Daily
Rendang daging dan ayam yang dibuat tanpa santan dan minyak!

Misalnya masakan rendang sebenarnya bahan yang paling asas ialah serai, halia, lengkuas, daun kunyit, lada, bawang merah dan putih dan pastinya daginglah. Kalau guna ini sahaja pun sudah cukup. Bahan lain misalnya santan boleh jadi susu, gula boleh jadi madu, rempah kari pula secukup rasa. Minyak dan garam sebenarnya tak perlu pun. Yang buatkan kalori tinggi sampai boleh tinggikan darah, jejaskan kesihatan ialah pelbagai bahan lain yang fungsinya hanyalah tingkatkan rasa.

Tak ada pun tak apa.

Gumpal-gumpal oat dan pisang jadi kuih raya!  | Rojak Daily
Gumpal-gumpal oat dan pisang jadi kuih raya!

Macam tu jugaklah dengan kuih raya, masuk tepung lah, telur berbiji-biji, gula lah dan macam-macam serbuk dan pewarna asing yang tak menyihatkan. Boleh saja buat kuih tanpa semua benda tu. Misalnya, guna oat, pisang, kacang, kismis, madu, gumpal-gumpal, bakar dah jadi kuih raya. Masih sedap dan menyihatkan.

Atau ketupat nasi? Guna beras perang misalnya untuk ganti beras biasa. Masih sedap! | Rojak Daily
Atau ketupat nasi? Guna beras perang misalnya untuk ganti beras biasa. Masih sedap!

Jadi, kalau anda ada plan untuk menjamu teman-teman, apa kata jamu mereka dengan gaya masakan orang kita yang praktiskan prinsip less is more ini. Makanan hari raya yang sihat tetapi masih sedap!

Selamat Raya Sihat!

 
 
Comments



Back to top