CLOSE
CLOSE

Terlepas Ke Piala Dunia, Old Trafford Menanti Kehadiran 12 Remaja Gua

Manchester United turut menjemput kesemua barisan penyelamat.


  • Share:

Terlepas Ke Piala Dunia, Old Trafford Menanti Kehadiran 12 Remaja Gua

Pasukan Manchester United mengundang kesemua 12 pemain pasukan bola sepak Wild Boars termasuk jurulatih yang berjaya diselamatkan dari sebuah gua Tham Luang untuk menyaksikan perlawanan di Old Trafford.

 

Pengumuman itu dibuat menerusi Facebook rasmi The Red Devils pada malam Selasa. Kesemua barisan penyelamat juga turut dijemput hadir. 

  

Terdahulu, Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) Gianni Infantino turut menjemput kesemua mereka ke Moscow bagi menyaksikan perlawanan akhir Piala Dunia 2018, Ahad ini.

 

Bagaimanapun, doktor yang merawat mereka membantah jemputan tersebut kerana semua remaja terbabit perlu berada di hospital sekurang-kurangnya seminggu untuk memastikan mereka pulih sepenuhnya.

 

12 pemain Wild Boar dan jurulatih mereka baru-baru ini terperangkap di dalam gua Tham Luang dan berjaya diselamatkan sepenuhnya pada Isnin lalu.

 

  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top