Rojak Daily Logo
Back to top

Koleksi 'Super Cool' Buat Team PUBG

Winner, winner chicken dinner.

0
comments
Koleksi 'Super Cool' Buat Team PUBG
Koleksi wajib buat gamers PUBG. (Gambar: FILA)
Jika ditanya apakah permainan telefon pintar paling popular ketika ini, pasti tidak lain dan tidak bukan milik PUBG.

Permainan ini menjadi aplikasi paling tinggi dimuat turun di 48 negara seluruh dunia, tidak kiralah di App Store mahupun Play Store.

Dengan populariti serancak ini, pastinya ramai peminat menunggu merchandise atau sekurang-kurangnya T-shirt bukan? Barulah Team Player.

Style atau tak?
Berita baik buat anda, FILA kini bekerjasama dengan PUBG untuk mengeluarkan koleksi edisi terhad.

Antara yang dilancarkan adalah T-shirt, kasut canvas, backpack dan bag.

Kesemua merchandise direka berdasarkan ciri permainan video ini, malah kebanyakannya dikeluarkan dalam gabunghan warna hitam dan coklat.

Main sambil sarung segala kelengkapan ini lebih puas!
Bagi t-shirt, keluaran ini menampilkan rekaan grafik agak menarik dengan tagline ‘winner,winner chicken dinner’.

Gambar screenshot dari permainan video ini juga ditampilkan menerusi t-shirt ini.

Sandal paling stylo, mungkin.
Jika anda betul-betul mahukan koleksi ini, boleh didapatkan di butik rasmi FILA atau secara atas talian FILA.
 
 
Comments