Rojak Daily Logo
Back to top

Murninya Hati Chatime

Pasti ramai yang menerima kesan penutupan Tealive.

0
comments
Murninya Hati Chatime
Mahkamah sudah pun membuat keputusan. (Gambar: Chatime/Tealive)
Pada 5 Julai lalu, Mahkamah Rayuan menolak permohonan penggantungan pelaksanaan yang difailkan di Mahkamah Tinggi oleh pemilik Tealive, Loob Holding Sdn Bhd (Loob).

Hakikatnya, perintah injuksi dikeluarkan mahkamah pada 27 Jun 2018 berpihak pada pemilik Chatime, La Kaffa International Co Ltd yang berpangkalan di Taiwan.

Oleh demikian, keputusan itu melarang Loob daripada mengendalikan Tealive sebagai perniagaan yang bersaing dengan Chatime untuk tempoh dua tahun di Malaysia, mengikut undang-undang.

Keputusan ini sekali gus memberi masalah besar bagi mereka terutama pemilik cawangan sedia ada.

Pertembungan antara dua jenama.
Namun, berita baik bagi mereka Chatime Malaysia Sdn Bhd (Chatime) menerusi Harian Metro memaklumkan syarikat berkenaan sedia memberi peluang kepada bekas pemilik francais Chatime untuk beroperasi semula di bawah jenama itu.

Menurut Pengarah Urusan Kumpulan Chatime Malaysia, Aliza Ali berkata, pihaknya sedia menawarkan peluang pekerjaan kepada bekas pemilik francais Chatime serta kakitangan mereka yang menerima kesan susulan penutupan Tealive.

Jelasnya mereka akan membenarkan cawangan itu beroperasi di bawah jenama Chatime berikutan permintaan yang tinggi.

Pearl Milk Tea!
"Kami juga sedar keputusan itu turut memberi kesan kepada pekerja, pemilik francais terbabit serta pelanggan yang menjadi tulang belakang perniagaan sejak Chatime mula beroperasi. Pintu kami sentiasa terbuka untuk membantu mereka yang terkesan dan buat masa ini,” katanya.
 
 
Comments