Rojak Daily Logo
Back to top

“Marilah Mencipta Sejarah.” - Wanita Transgender Menang Miss Universe Sepanyol

Menewaskan 22 wanita tulen Sepanyol.

0
comments
“Marilah Mencipta Sejarah.” - Wanita Transgender Menang Miss Universe Sepanyol
Foto: Instagram @angelaponceofficial

Biarpun Sepanyol terkenal dengan kejelitaan wanitanya, negara itu mencatat sejarah tersendiri apabila memilih wanita transgender, Angela Ponce, 26 tahun sebagai pemenang Miss Universe Sepanyol.

  Miss Universe Sepanyol transgender yang pertama.  

Kemenangan Ponce, 26 tahun, berasal dari Seville di Miss Universe Sepanyol ini sekaligus meletakkan dirinya bertanding bersama 92 wanita cantik dari seluruh dunia untuk bergelar Miss Universe 2018 di Filipina nanti.

 

“Marilah mencipta sejarah,” tulis Ponce laman Twitter meraikan kemenangannya selepas dinobatkan wanita transgender pertama mewakili sebuah negara.

      Menewaskan semua peserta Miss Universe Sepanyol yang lain.  

Terdahulu, Donald Trump selaku pemilik pertandingan ratu cantik itu melarang wanita transgender menyertai Miss Universe setelah memihak kepada Pakatan Menentang Penghinaan Gay & Lesbian.

 

Namun sejak tahun 2013, semua wanita transgender dibenarkan menyertai pertandingan Miss Universe.

 Adakah dia akan menang Miss Universe 2018?  

Tulis Angela Ponce di Instagramnya,“Membawa nama dan budaya Sepanyol di seluruh dunia adalah impian terbesar saya. Matlamat saya adalah untuk menjadi jurucakap untuk menyampaikan mesej penyertaan, penghormatan dan kepelbagaian bukan sahaja untuk komuniti LGBT tetapi seluruh dunia.”

 
 
Comments