CLOSE
CLOSE

Percaya Atau Tidak, Harga Tudung Ini Bersamaan Sebuah Kereta!

Inilah Malaysia baru!


  • Share:

Percaya Atau Tidak, Harga Tudung Ini Bersamaan Sebuah Kereta!
Tudung paling mahal di Malaysia? ( Gambar: Bawal Exclusive)
Jangan persoal mengapa tudung ini mahal dan ada orang membelinya. Insan bernama wanita merupakan ciptaan indah (kompleks) yang harus dihargai.

Bagaimanapun kalau rasa tudung yang dipakai ketika ini agak mahal, tunggu sehingga anda mengetahui nilai tudung yang telah dijual semalam.

LIhatlah perincian tudung ini.
Seorang wanita di Kelantan baru saja membeli tudung bawal jenama Bawal Exclusive (BE) berharga RM33,000. Ya harganya RM33,000 bersamaan sebuah kereta Proton Saga. Anda boleh lihat di sini, Proton Saga.

Pembelian itu pada masa sama memecah rekod jualan tudung tahun lalu yang hanya sekadar RM21,600.

Sebelum itu juga tular di media sosial seorang wanita Kelantan sanggup membeli tudung Bawal Exclusive berwarna hitam bertatahkan kristal Swarovski bernilai RM10,000 sehelai.


Menurut Pengurus As Galleria (AG) Rabiatu Hasmak Ghani nilai harga tudung itu bukan saja dijual mahal sebaliknya helaian tudung itu direka dan ditampal batu Swarovski yang menjadikan BE tudung berjenama mewah dan eksklusif.

  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top