CLOSE
CLOSE

Kerana Pelajar Tingkatan 2 Ini, Malaysia Turut Berada di Piala Dunia Rusia 2018

64 kanak-kanak seluruh dunia terpilih menjadi pembawa bola.


  • Share:

Kerana Pelajar Tingkatan 2 Ini, Malaysia Turut Berada di Piala Dunia Rusia 2018
Foto: Twitter

Siapa yang menonton perlawanan Piala Dunia 2018 malam tadi, pasti nampak kelibat seorang remaja lelaki yang menggalas tanggungjawab sebagai pembawa bola perlawanan pasukan tuan rumah Rusia menentang Sepanyol di Stadium Luzhniki, Moscow.

Aksi Adam sebagai pembawa bola perlawanan Sepanyol menentang Rusia

Bertuahnya badan, remaja tersebut, Adam Riezman Roslam merupakan pelajar tingkatan dua dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Meru, Klang Selangor, terbang ke Moscow selepas menjadi juara Kejohanan Pertandingan Kemahiran Kanak-Kanak anjuran KIA.

 Sebaris dengan pemain Rusia dan Sepanyol.

Selain mencipta sejarah sebagai anak Malaysia yang berjaya muncul di kejohanan bola sepak terbesar dunia itu, Adam turut membawa pulang hadiah wang tunai RM800.

   

Tambah istimewa apabila Adam dapat berbaris dan bertemu dengan pemain-pemain handalan dunia seperti Sergio Ramos, Gerard Pique, David de Gea, Igor Akinfeev dan ramai lagi.

 

Aksi Adam Riezman Roslam dapat dilihat pada aksi pusingan ke-16 Russia yang bertemu Sepanyol yang berlangsung di Stadium Luzhniki, Moscow, malam tadi.


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top