Rojak Daily Logo

Artis Tempatan Setaraf Selebriti Antarabangsa?

0
comments
Artis Tempatan Setaraf Selebriti Antarabangsa?
Sejauh mana haruman mereka menambat jiwa anda?

Apa sahaja yang digayakan oleh artis menjadi ikutan para peminat. Begitu juga produk yang dikeluarkan mereka mendapat permintaan mencanak. Tidak kiralah bagaimana rupa paras, material, warna mahupun bau, peminat seolah percaya bulat-bulat dengan produk keluaran golongan personaliti. Cukup dengan pakaian dan tudung, kali ini kita lihat barisan minyak wangi pula. Siapa pernah cuba? Wangi ke?

Simplysiti: Jenama Simplysiti memang dah cukup terkenal di pasaran. Produk kosmetik daripada maskara, gincu kepada pemerah pipi ada kelompok peminat tersendiri. Dato’ Siti melengkapkan produk keluarannya dengan SimplySiti Eau De Parfum (EDP) yang telah menjengah pasaran sejak tahun 2012 lagi. Ramai yang memuji bau minyak wangi yang berharga RM69.90 ini, tidak terlalu keras dan tidak menyakitkan deria bau.

Gambar: www.simplysiti.com.my

Matahari by Sheila Rusly: Penerbit dan pelakon Sheila Rusly yang terkenal sebagai selebriti yang handal menghayun senduk ini juga tidak mahu ketinggalan. Pengujung tahun lepas, Kak Sheila tampil dengan produk Matahari by Sheila Rusly yang berharga RM45. Baunya memang lembut dan menyegarkan, pendek kata sembur je terus bersinar bak sang suria.

Gambar: www.mataharisheilarusly.com/

Precious dan Gorgeous by RCW: Bukan sahaja cantik dan awet muda, Che Ta ni memang cukup bijak berniaga. Tudung jenama Padusi kepada production house dan pada masa sama turut melancarkan koleksi minyak wangi yang diberi nama Precious. Dua tahun kemudian muncul pula jenama Gorgeous. Koleksi minyak wangi Che Ta ni memang mampu milik. Tapi bila kami risik, ramai yang menyukai haruman Precious berbanding Gergeous walaupun tidak dinafikan kedua-duanya memang tak jemu untuk dibau.

Gambar: my.carousell.com

NING: Siapa lagi empunya minyak wangi ini kalau bukan Ning Baizura. Penyanyi bersuara soprano yang cukup dikenali di Malaysia. Haruman NING melambangkan personalitinya yang ceria, positif dan berkeyakinan tinggi. Anda yang menyukai bauan eksotik dengan adunan bunga Afrika jingga dan limau mandarin juga gabungan bunga honeysuckle dan jasmine dengan elemen vanila, ambar dan gaharu tentu tidak akan melepaskan peluang memiliki haruman berharga RM159 ini.

Gambar: ning-baizura.com

Adorable Classy dan Stunning By Rita Rudaini: Rita Rudaini juga tidak ketinggalan mengeluarkan dua produk minyak wanginya yang sesuai digunakan oleh golongan lelaki dan perempuan serta mesra solat. Adorable Stunning berbau buah-buahan dan lebih manis berbanding Adorable Classy yang lebih elegan dan seksi.

Gambar: cikbebeq.blogspot.com

Mystical by Fazura: Fazura mengorak setapak langkah lagi dengan mengeluarkan semburan wangian badan jenamanya sendiri iaitu Mystical by Fazura di bawah label, Doll Domination. Terdapat tiga jenis haruman di bawah jenama ini iaitu I Love Me (Chamomile Honey), Berry Beautiful (gabungan buah beri) dan Spotlight (variasi buah-buahan). Minyak wangi Fazura ini kombinasi lembut yang mampu membuat si pemakai tampil berkeyakinan dan cantik seperti Faz.

Gambar: myhouseofdoll.com

Revolution dan For Her by Bunkface: Kumpulan Indie Bunkface turut tidak ketinggalan mengeluarkan haruman yang menggunakan nama band sebagai label haruman. Menariknya haruman Revolution lebih kuat dan khas untuk lelaki, manakala For Her lebih lembut dan sesuai untuk golongan wanita. Mereka merupakan artis pertama mempunyai set minyak wangi khas untuk lelaki dan wanita.

Gambar: rudi-zone.blogspot.com

DAC Versatile dan DER Amaze by Dato' AC Mizal: Pengacara hebat Dato' AC Mizal juga mengeluarkan minyak wangi jenamanya dan jenama isterinya. Dua jenis haruman yang dihasilkan diberi nama DAC Versatile(haruman lelaki) DER Amaze (haruman wanita).

Gambar: my.carousell.com

Kriez by Kaka Azraff: Penyanyi lagu Bukan Hal Aku, Kaka Azraff tidak mahu ketinggalan untuk muncul dengan haruman pertamanya yang diberi nama KRIEZ. Minyak wangi ini hadir dalam botol eksklusif dan unik sesuai dengan personaliti Kaka yang energetik dan unik.

Gambar: kakaazraff.com.my

RUMI by Remy Ishak: Pelakon tampan dambaan jiwa yang baru kehilangan keretanya ini tidak terkecuali berada sebaris dengan rakan artis yang lain. Remy mempertaruhkan RUMI, wangi dua versi For Her dan For Him. Katanya wangian ini menyamai haruman Precious by RCW. Betul ke?


Gambar: rumibyremyishak.blogspot.com
Gambar: rumibyremyishak.blogspot.com

D' HAJA by Fasha Sandha: Haruman Fasha Sandha yang diberi nama D' Haja ini berbau bunga, lembut dan fresh dengan rekaan kotak dan cetakan botolnya yang elegan. Minyak wangi yang baru dikeluarkan tahun ini dijual pada harga RM37.

Gambar: rudi-zone.blogspot.com

Ramai lagi artis yang tampil dengan haruman masing-masing seperti Zamani dengan Tambatan Hati dan Neelofa. Anda yang menyukai jenama selebriti perlu bau sendiri kerana bak kata Remy Ishak persoalan wangi atau tidak adalah subjektif dan bergantung kepada individu.

 
 
Comments