CLOSE
CLOSE

#TeamRayaKelantan – Selain Pulang Beraya, Ini 5 Tempat Best Anda Boleh Lawat Di Kelantan

Sesak dia tak payah cakap, melekat!


  • Share:

#TeamRayaKelantan – Selain Pulang Beraya, Ini 5 Tempat Best Anda Boleh Lawat Di Kelantan

Bertuah rasanya badan apabila diberi peluang memandu sebuah Mercedes-Benz C 200 AMG ketika pulang meraikan sambutan aidilfitri bersama keluarga tercinta. Dari segi kereta, kehebatan Mercedes-Benz tidak perlu dipertikaikan lagi.

 

Pemanduan pulang ke Pengkalan Chepa, Kelantan berjalan lancar kerana saya memilih untuk pulang beraya pada hari raya kedua. Ketika sampai sahaja di kampung kelahiran ibu saya ini, ramainya anak Kelantan pulang beraya. Sesaknya sama seperti kesesakan jalan raya ketika balik kerja di Kuala Lumpur.

 Sampai kampung tercinta!

Pulang ke kampung halaman ketika berhari raya antara yang paling dinanti-nantikan. Berkumpul bersama sanak saudara, menikmati juadah enak dan menziarahi teman handai memenuhi agenda empat hari masa saya di kampung. Selain pulang meraikan bulan kemenangan umat Islam ini, kami sempat curi masa untuk pusing-pusing lima tempat menarik yang ada di sini. Nak tahu ke mana saya membawa Mercedes-Benz C 200 AMG jalan-jalan?

 

1. Kedai Acu Tera, Pantai Sabak

Korang kene datang sini!

Rojak atau lebih dikenali sebagai colek dalam dialek Kelantan menjadi kegemaran ramai. Berkesempatan menikmati sotong, ikan dan udang celup tepung di kawasan pantai berdekatan kawasan rumah, sangat menenangkan. Sepinggan makanan laut dijual pada harga RM10 dan anda boleh pilih gorengan apa yang berkenan di hati. 

 

2. Rantau Panjang

Syurga membeli-belah!

Saya ingatkan bila musim raya tak ramai yang nak membeli-belah di kawasan bebas cukai ni. Rupanya tidak ya, penuh manusia! Mungkin musim perayaan tidak menghalang semua orang mencari barangan murah di Rantau Panjang. Dari makanan, kelengkapan rumah, pakaian dan makanan, anda boleh dapatkan di sini.

 

3. Pasar Siti Khadijah

Kedai laksam kegemaran.

Orang Kelantan kalau tak tahu tempat ni, boleh keluar dari Kelantan sekarang. Pasar Siti Khadijah memang menjadi port biasa bagi orang ramai untuk membeli barangan keperluan harian. Tujuan utama saya ke sini adalah untuk menikmati laksam di salah satu kedai di medan selera Pasar Siti Khadijah. Laksam dia memang power! Di sini jugalah saya membeli kain pasang dan tudung bawal. Kalau anda naik tingkat dua, percayalah, confirm rambang mata!

 

4. Tepi Sungai Tumpat

Kampung tepi sungai, Tumpat.

Sebenarnya inilah pertama kali saya menyelusuri kampung-kampung di kawasan Tumpat. Memenuhi jemputan rumah terbuka seorang teman di Kampung Pulau Besar, Tumpat membuka mata saya dimana kampung tepi sungai Kelantan ini sangat cantik dan tenang. Kalau anda tidak mempunyai teman di kampung ini, tak mengapa. Kawasan tepi sungai ini dah cukup untuk buat anda datang ke sini untuk mengambil gambar OOTD.

 

5. Pantai Cahaya Bulan

Keindahan Pantai Cahaya Bulan.

Pantai paling popular di Kota Bharu, inilah tempat biasa ramai orang menghabiskan masa lapang mereka. Pantai ini menjadi tempat santai pilihan ramai kerana di selain keindahan pantainya, deretan kedai makanan colek dan minuman memenuhi kawasan tepi pantai menjadi tarikan.
 

Jadi kalau anda bukan anak Kelantan dan masih belum sampai ke lima tempat yang saya senaraikan di atas, apa kata mulakan roadtrip ke negeri Cik Siti Wan Kembang ini.


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top