Rojak Daily Logo
Back to top

Coach Yatie Nadzli Kongsi Lima Tips Mudah Kurus Lepas Raya

Dah boleh lupakan lemang, ketupat dan kuih muih raya.

0
comments
Coach Yatie Nadzli Kongsi Lima Tips Mudah Kurus Lepas Raya
Tips mudah untuk turunkan berat badan oleh Coach Yatie. (Pic: Google)
Sudah masuk hari kesebelas kita di bulan Syawal, tapi ramai yang sudah 'kembang' lebih daripada sebulan berpuasa. Coach Yatie berkongsi lima tips mudah untuk anda mudah menurunkan berat badan walaupun masih banyak rumah terbuka yang anda belum pergi.

1. Ucapkan selamat tinggal pada air manis.

Kurang atau elakkan air manis.
Mungkin anda sudah boleh merujuk semula kepada air kosong. Bawalah bekas air kosong atau mineral ke mana-mana anda pergi. Mungkin kalau ke open house, boleh minta air kosong daripada tuan rumah.

2. Elak Balang Kuih

Boleh sedekah kuih muih kepada yang memerlukan.
Cuba jauhkan diri anda daripada balang-balang kuih, kerepek mahupun kek. Anda boleh gantikan keinginan untuk mengunyah dengan buah-buahan atau kekacang yang lebih berkhasiat.

3. Anda juga sudah boleh membuat proses detox.

Elakkan makanan berminyak.
Elakkan segala mengambilan makanan berminyak dan bergula. Kalau terpaksa ke rumah terbuka, mungkin jamah sedikit dan bila pulang ke rumah, kembali kepada proses detox anda.

4.Puasa pun sangat bagus.

'Puasa' mengadap balang kudapan.
Anda boleh mulakan dengan berpuasa sunat atau puasa enam, ataupun menggantikan semula puasa yang tertinggal bulan lalu. Tak perlu tunggu bulan Syaaban tahun hadapan.

5.Cari Coach.

Jurulatih peribadi membantu dengan cara yang betul.
Duit lebihan raya itu anda boleh gunakan untuk mendapatkan khidmat coach untuk membantu anda menurunkan berat badan dengan lebih sihat dan berkesan.

Coach Yatie juga berkongsi lima tips mudah untuk membakar kalori sepanjang bulan Syawal ini.
Rajin ulang alik ke dapur.
1. Rajinkan diri angkat hidangan dari dapur ke depan, kemudian ke dapur semula setiap kali tetamu berkunjung ke rumah. Dengan cara ini, kita boleh dapat 10,000 langkah dalam sehari.
Rajinkan diri membasuh pinggan mangkuk.
2. Bantu buat kerja rumah seperti tolong membasuh pinggan mangkuk yang ada di sinki sambil goyangkan pinggul dan kaki untuk regangan, atau setiap satu pinggan kotor buat satu squat. Anda boleh buat banyak set setiap kali pinggan mangkuk penuh di sinki.
Kemas rumah dapat membakar banyak kalori.
3. Tolong sapu sampah atau kutip kuih-kuih raya yang jatuh di lantai, atau mop lantai jika ada tetamu yang tumpahkan air. Jangan pula tunjukkan muka masam, tetapi senyum kepada tetamu dan katakan tidak mengapa.
Jarakkan kereta anda.
4. Apabila anda berziarah ke rumah saudara mara atau ke rumah terbuka, parkir kereta jauh sedikit daripada rumah. Jika ada anak atau anak saudara yang ikut serta, anda boleh dukung sambil berjalan menuju ke rumah tersebut untuk berhari raya.
Minum banyak air masak.
5. Dan seperti biasanya, pastikan minum air kosong sekurang-kurangnya tiga liter sepanjang hari kerana air kosong mempunyai kosong kalori. Elakkan minuman manis, apatah lagi minuman bergas. Tolak secara baik jika tuan rumah mahu menghidangkan air manis dan katakan tidak perlu bersusah payah. Cukup dihidangkan air kosong sahaja.

Cubalah tips daripada Coach Yatie ini. Mana tahu, anda akan sentiasa sihat walaupun ketika musim perayaan yang penuh dengan kemanisan hidangan dan ketinggian kalori yang mencanak luar daripada kebiasaan.
 
 
Comments