Rojak Daily Logo

Bestnya Travel, Tetapi Bukan Dengan Mereka...

0
comments
Bestnya Travel, Tetapi Bukan Dengan Mereka...
Alangkah indah jika mencari rakan travel semudah membeli tiket penerbangan.

Memang seronok bercuti bersama rakan-rakan. Selain menjimatkan belanja kerana dapat berkongsi sama rata kos perjalanan, hotel dan makanan, pelbagai aktiviti lebih menarik andai dilakukan bersama-sama. Bagi yang telah mempunyai ‘klik’ travel tersendiri, anda tidak perlu rungsing tetapi bagi yang sedang mencari klik baru, perkara ini perlu dipertimbangkan.

1) Berkira: Mereka berkira dalam segala hal. Bermula daripada tugasan merancang perjalanan dan urusan pembelian tiket. Tidak boleh tidur di katil yang sempit, panas, enggan berjalan jauh dan jarang sekali mendahulukan duitnya dalam sebarang urusan pembayaran.

2) Suka Kritik: Lebih menambahkan tekanan jika rakan travel anda seorang yang jenis mengikut kerana enggan menyusahkan diri merancang perjalanan. Sudahlah begitu, mulutnya laju sahaja mengkritik jika keputusan yang dilakukan kurang sesuai di matanya. Kebiasaannya mereka telah menunjukkan sifat itu seawal membeli tiket penerbangan, sebelum beralih kepada itinerary, pemilihan lokasi hotel dan agensi pelancongan sehinggalah kepada pemilihan kedai makan.

3) Kedekut: Inginkan percutian mewah, tetapi cukup berkira dalam hal yang melibatkan aliran wang keluar. Setiap sen dimasukkan dalam perkiraan. Lebih memeningkan jika mereka mencari jalan untuk melepaskan diri daripada bayaran tertentu dengan alasan remeh.

4) Tidak Berdikari: Mereka menjadi beban kerana sejak awal kita perlu memikirkan tentang mereka. Ambil dan hantar mereka ke lapangan terbang, maklumkan di mana lokasi menukar wang, kita juga orang tengah atau juru cakap mereka ketika membeli barangan, kita juga driver (jika menyewa kereta) dan kita juga perancang perjalanan. Dia? Hanya bertindak sebagai ‘pak turut’.

5) Malas: Dari jauh kita datang untuk bercuti, setibanya di hotel dia hanya ingin berbaring sambil menonton TV seharian. Jika keluar pun ke lokasi berhampiran dan menaiki kenderaan berpenghawa dingin. Malas katanya hendak berjalan jauh. Bukankah lebih elok jika spesies seperti ini hanya bercuti di dalam bilik sendiri?

6) Penakut: Spesies ini pun menyakitkan hati. Mereka tidak berani mencuba perkara baru. Alasannya takut jika berlaku perkara buruk. Mereka tidak sukakan cabaran dan lebih memilih percutian mewah yang serba serbi tersedia. Semua yang dirancang akan dipersoalkan. “Bagaimana kalau tersesat, "bagaimana kalau tiada makanan halal", “bagaimana kalau wakil agensi yang telah ditempah tiada?" dan pelbagai persoalan lain yang menyekat perjalanan dan menyerabutkan kepala.

7) Kuat Merajuk: Ini satu lagi. Tidak pelawa makan mi segera pun boleh jadi isu besar. Belum lagi kes kita terlambat kejut bangun pagi, tertinggi suara, tak membalas pertanyaan, tidak terima cadangan dan ratusan perkara remeh lagi. Dia akan terus mendiamkan diri seribu bahasa. Memang spoil mood holiday la.

8) Panas Baran: Dia je yang betul. Adatlah jika bercuti ke luar negara kita ditipu oleh teksi, pengusaha hotel, ejen pelacongan dan jika melibatkan kumpulan besar akan ada sebahagian yang lambat, terlebih muatan, tertinggal barang, terlupa itu ini. Bercuti dengan spesies panas baran menambah panas keseluruhan kumpulan. Macamlah dia sentiasa betul dan tidak pernah sekali buat salah.

9) Diva: Perangainya persis Sharpay dalam rancangan High School Musical. Beg mekapnya sahaja lebih besar daripada luggage kita. Belum lagi stilleto beraneka warna untuk dipadankan dengan tudung dan pakaian yang dibawa. Tidak lengkap gayanya tanpa aksesori. Kategori diva ini memang tidak boleh dibawa untuk perjalanan marhaen yang perlu meredah panas, bilik sempit dan tempoh masa berjalan kaki berjam lamanya. Diva juga perlu sentiasa memastikan dirinya dalam keadaan terbaik untuk dirakam lensa pada bila-bila masa. Diva adalah spesies yang shopping tak ingat, kemudian merungut tak cukup duit dan terlebih muatan.

Gambar: revmocat.blogspot.com

Seelok-eloknya carilah rakan travel yang serasi dengan anda. Jika anda sukakan aktiviti lasak, cari rakan yang juga mempunyai minat yang sama bukanlah semberono mengajak si kaki shopping travel bersama.

 
 
Comments