CLOSE
CLOSE

Zaman Almond London Dah Berakhir, Ini 8 Biskut Raya Paling 'Hipster'

Makin banyak biskut raya moden dijual di luar sana.


  • Share:

Zaman Almond London Dah Berakhir, Ini 8 Biskut Raya Paling 'Hipster'
Biskut 'hipster' atau tradisional? (Gambar: Butterkicap)
Kalau tiada biskut raya, maka tak meriahlah raya. Hidangan paling mudah, ringkas dan sedap untuk dijamu.

Namun, jika anda perhatikan jenis biskut raya yang muncul tahun demi tahun, banyak sebenarnya yang telah berubah. Pendek kata, kuih raya sudah berevolusi.

Bertambah unik dan senang kata, makin hipster! Kalau yang masih tercari-cari biskut raya, apa kata lihat senarai 8 biskut hispter ini.

1. BISKUT GERMAN

Cantik susunan biskut kalau kombinasi warna ini.Lihat warnanya saja sudah meriah, namun hakikatnya warna asal kuih ini hanyalah kuning semata-mata. 

Disebabkan biskut ini banyak menggunakan mentega, maka rasanya juga lembut dan cair di mulut. 

Antara bahan digunakan adalah mentega, tepung kentang, tepung gandum, gula aising dan garam.

Boleh cuba jika mahukan kelainan. Pastikan pilih warna yang meriah supaya bekas raya anda terletak cantik di meja hidangan.

2. BISKUT ALIEN

Rupa biskut agak pelik.
Anda lihatah sendiri rupa bentuk kuih ini, tidak hairanlah kalau ia digelar biskut alien. Sekali pandang kelihatan seperti watak Cj7 lakonan Stephen Chow.

Kuih ini juga viral di media sosial baru-baru ini dan mungkin menjadikan kuih paling popular ketika ini. Tidak pasti sama ada disebabkan rupa atau rasa kuih ini.

Antara ramuan untuk menghasilkannya termasuklah mentega, susu pekat manis, tepung jadung dan susu tepung.

3. SEMPERIT NUTELLA

Habis semuanya ada Nutella.
Siapa yang tidak kenal semperit. Biskut raya antara kegemaran ramai setiap kali tibanya raya.

Bahan asas untuk membuat biskut ini adalah tepung gandum, tepung jagung, serbuk kastard, gula dan mentega.

Namun itu resipi tradisonalnya. Jika dengan gaya sekarang, mungkin semua nak letak Nutella. Maka dengan itu terhasilnya semperit Nutella.

4. BISKUT JARI

Mudah tapi sedap!Antara biskut raya paling mudah, cepat dan murah. Pada awalnya biskut ini tidaklah dikategorikan sebagai biskut raya, namun disebabkan ia telah popular dan mula dihidangkan pada lebaran, maka ia juga antara biskut yang wajib cuba.

Cara menghasilkan kuih ini amat mudah, hanya perlukan satu buku roti, ‘bread crumbs’, coklat masakan dan susu cair (1 tin).

Apa yang anda perlu lakukan adalah potong roti seperti saiz jari dan bakar seketika. Kemudian celupkan pada coklat telah dicairkan sebelum gaul dengan ‘bread crumbs’.

Bakar sekali lagi dan biarkan ia sejuk sebelum dihidangkan. Mudah bukan?

5. BISKUT BALIK RAYA SEDONDON

Paling unik dan lari daripada kebiasaan.
Melihat rupa bentuk biskut ini saja, sudah tentu ia bukan biasa-biasa. Dihasilkan mengikut rupa bentuk kartun manusia, biskut ini lengkap dengan padanan baju raya.

Biskut ini dihasilkan oleh pengguna Facebook Norwira Abdullah dan kebanyakkan biskut dijual dalam pakej yang amat comel dan unik.

Dengan pelbagai rupa bentuk dan warna, biskut ini sesuai untuk dibuat hadiah raya!

6. CANDY KACANG BERSALUT COKLAT

Gunalah Almond kalau nak sihat waktu raya.
Biskut ini dijual dengan pelbagai jenis kacang, namun jika anda mahukan biskut yang lebih nampak mahal, boleh dgunakan Almond, Walnut atau Pecan. Lebih moden berbanding kacang tanah biasa.

Bahannya juga mudah, hanya perlukan jenis kacang pilihan dan kemudian gaulkan bersama coklat, sirap karamel, mentega.

Jika ragu-ragu untuk buat biskut ini, bolehlah guna teknik ‘kuih tunjuk’ di bazar atau pusat membeli belah.

7.  MAKMUR DAN TART CADBURY

Inti nenas digantikan dengan coklat lemak Cadbury!
Sama seperti Nutella, coklat Cadbury juga menjadikan bahan utama dalam mengubah biskut tradisional kepada lebih moden.

Antara popular adalah biskut tart dan juga makmur. Kaedah pembuatannya sama saja seperti biskut kebiasaan yang anda makan. Hanya intinya saja diubah kepada coklat Cadbury.

Kami masih menunggu ketibaan tart atau makmur yang diletakkan topping keju banjir.

8. BISKUT RED VELVET

Selazat warnanya.
Seindah namanya, biskut ini antara yang popular sejak dua tahun lalu. Kemunculannya serentak dengan kek red velvet yang kini telah menjadi mainstream di Malaysia.

Namun ia masih diklasifikasikan sebagai kuih moden kerana kemunculannya yang masih baru.

Warna merahnya saja sudah menarik perhatian, belum lagi dengan tambahan coklat cip pada biskut ini. Memang layan! 

  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top