Rojak Daily Logo
Back to top

Vans Mahu Anda Bergaya Ala 'Superhero Marvel' Lebaran Ini

Edisi khas ini telah pun mula dijual.

0
comments
Vans Mahu Anda Bergaya Ala 'Superhero Marvel' Lebaran Ini
Pasti ramai menunggu kemunculan edisi khas ini! (Gambar: Vans Malaysia)
Beberapa minggu lalu kecoh mengenai kasut Vans edisi Marvel yang berkeliaran di timeline media sosial. Rata-rata peminat setia baik Marvel atau Vans, tidak sabar mendapatkan kasut edisi khas ini.

Namun, berita baik untuk anda yang menunggu ketibaan kasut ini, Vans Malaysia telah pun membawa masuk ke Malaysia.

Menurut Vans menerusi Instagram rasmi mereka, edisi khas ini akan memasuki pasaran di seluruh outlet Vans (termasuk Malaysia).

BERSIAP SEDIALAH UNTUK BERATUR PANJANG
 
Bagi mereka yang baru saja tahu mengenai kewujudan kasut ini,  Vans telah menampilkan watak-watak marvel bagi setiap edisi kasut mereka. Antara yang terpilih adalah Hulk, Deadpool, Iron Man dan Black Panther.

Sempatlah anda bergaya ala supehero di hari raya nanti. Biar tekebil mata sanak saudara.

Namun satu perkara perlu diingatkan, edisi ini semamangnya amat terhad. Oleh itu, bersiap sedialah menghadapi cabaran untuk beratur panjang.

Emosi juga harus stabil sekiranya sold out dalam tempoh beberapa minit. Goodluck Guys!
 
 
 
Comments