Rojak Daily Logo
Back to top

Mesti Tonton - Ini 12 Iklan Raya Paling Epik Dan Sarat Makna 2018

Sarat jalan cerita suka dan duka.

0
comments
Mesti Tonton - Ini 12 Iklan Raya Paling Epik Dan Sarat Makna 2018

Baju raya dah siap, duit raya dah sedia, biskut raya dan buat, lemang dan rendang pun dah sedia tunggu nak makan, tapi tak lengkap setiap kali raya tanpa adanya iklan-iklan raya dari pelbagai organisasi.

 

Setiap iklan tampil memberikan mesej, identiti dan mood raya dalam video berdurasi hampir lima minit. Tahun 2018 ini menyaksikan banyak iklan-iklan raya yang begitu menarik perhatian rakyat Malaysia dan kami telah memilih 10 iklan raya paling epik tahun 2018. Selamat menonton.

1. Tenaga Nasional Berhad (TNB) - Rumah Epik Fantastik

Selepas berjaya mencuit hati netizen dengan kisah suka duka Aida tahun lepas, tahun ini TNB mempersembahkan Rumah Epik Fantastik, sebuah iklan raya humor namun sangat dekat dengan kita. Pasti anda pernah berdepan situasi rumah sesak dengan saudara-mara pulang beraya namun itulah yang paling dinanti dan dirindui ketika sambutan aidilfitri. Bila ramai, barulah meriah!

 

2. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) - Janji Amin

Mungkin jalan cerita yang dibawa agak klise dimana anak tidak dapat pulang beraya. Namun, gabungan dua pelakon ini, Syafie Naswip dan Khatijah Tan sangat menyentuh hati. Penjiwaan watak dan bait-bait skrip yang diucapkan mampu membuatkan air mata bergenang dan mengalir. Jika anda mengalami nasib yang sama seperti Amin, dinasihatkan jangan tonton video ini. Kesannya pasti menusuk kalbu.

 

3. Samsung - Raya Last Minit

Dalam satu video boleh sumbat semua jenis barangan dari peralatan elektrik dan telefon pintar? Satu idea bernas dari Samsung, digarap elemen kelakar dalam satu iklan berdurasi tiga minit.

 

4. Lazada - Buah Hati Raya

Inilah yang layak kita gelarkan sebagai #RelationshipGoals! Bahagianya bila melihat pasangan warga tua masih berkasih sayang seperti ini. Walaupun jalan ceritanya ringkas, namun ia tetap menimbulkan rasa kasihan dan suka apabila menontonnya.

 

5. Astro - Gaya Raya Paling Ori

Jika tahun lepas Astro menghidangkan iklan raya sedih, tahun ini cukup berbeza. Gaya Raya Paling Ori menggabungkan dua perkara penting yang akan berlaku serentak iaitu, hari raya Aidilfitri dan Piala Dunia 2018. Padat aksi, gabungan muzikal cukup memberikan impak.

 

6. Watsons - Misi Ikhlas Aidilfitri

Kisah munira dan misi ikhlaskan aidilfitri berjaya merendahkan dirinya dari seorang yang pentingkan diri sendiri dan ego kepada seorang yang suka melakukan kebaikan. Iklan berbentuk humor ini sarat pengajaran dan anda juga boleh berinspirasi untuk melakukan misi ikhlas aidilfitri anda sendiri.

 

7. Petronas - Misi Riuh Raya

Antara iklan yang paling dinantikan setiap tahun, iklan raya Petronas ini tidak mengecewakan. Misi Riuh Raya mengisahkan misi memeriahkan rumah ibu dan ayah yang menantikan kepulangan anak dan cucu. Ada satu momen yang paling mencuit hati, aksi lampu lip lap lip lap menyala dalam kereta api boleh buat anda ketawa.


 

8. Tune Talk - Raya Bersama Mak Ngah Lipstik

Hanya Sherry Al-Hadad sahaja yang boleh membawakan watak Mak Ngah lipstik merah menyala. Pengajaran dalam iklan raya Tune Talk ini memang pedas. Kalau anda bakal bertemu dengan orang-orang seperti Mak Ngah, boleh tunjuk sahaja iklan ini supaya mereka akan terdiam insaf.

 

9. Telekung Siti Khadijah

Iklan raya Telekung Siti Khadijah tahun 2018 agak menarik kerana anda pasti terkejut dengan plot twist dihujungnya. Menggunakan pelakon berkaliber seperti Fauziah Nawi dan pelakon berbakat, Fikry Ibrahim, jenama telekung solat terkenal ini bijak bermain dengan emosi penonton.

 

10. KFC - Dendam Adam

Benar, air yang dicincang tak akan putus. Biarpun adik-beradik boleh bergaduh bak anjing dan kucing, kasih sayang antara sesama mengatasi segala-galanya. Pasti ramai juga yang boleh terasa dengan apa yang dialami oleh Adam dan abangnya ini. Namun, sejauh mana pun dendamnya kita, keluargalah punca kebahagiaan.

 

11. TM - Mak Long Bawang

Tonton sampai hujung iklan ini, baru anda akan faham apa yang cuba disampaikan. Satu mesej yang agak 'deep' dari TM untuk iklan raya tahun 2018. Benar, orang muda sentiasa berhubungan di media sosial namun bagi orang tua, mereka tiada Facebook, tiada Twitter apatah lagi Instagram. Jadi jika mereka tanya soalan bila nak kahwin, bila nak ada anak, anda jawablah dengan tabah.

 

12. CIMB - Tanam Cempedak Tumbuh Nangka

Kalau bab berjiran, memang ramai yang pernah mengalaminya. Sama ada jiran anda tak baik ataupun baik, muafakat sesama jiran itulah paling penting dalam melahirkan kejiranan yang harmoni.

 
 
Comments