CLOSE
CLOSE

Ini Baru Ori! 8 Butang Baju Paling 'Rare' Buat Jejaka

Aksesori penting buat jejaka di pagi raya.


  • Share:

Ini Baru Ori! 8 Butang Baju Paling 'Rare' Buat Jejaka
Gaya, corak dan material butang baju melayu pun sudah berubah tahun demi tahun. (Gambar: Kayan/Kancing Arjuna)
Sebut saja mengenai raya, perkara paling penting diutamakan pastinya gaya raya.

Bak iklan Astro baru-baru ini, gaya mestilah Ori. Buat jejaka di luar sana, adakah anda sudah memilih baju raya untuk tahun ini? 

Jika mahukan gaya yang lain daripada lain, mungkin pemilihan butang baju ini boleh membangkitkan gaya raya anda.

Sebagaimana baju raya atau kurta yang berubah tahun demi tahun, begitu jugalah butang baju raya.

Bagi memudahkan anda, kami senaraikan butang baju unik untuk anda pilih.

1. AWANGCUTTERPROJEX

Butang dikraf secara eksklusif.
Ini antara butang baju paling eksklusif. Bukan hanya kerana material digunakan, malah anda boleh custom nama pada butang berkenaan. 

Setiap butang dikraf menggunakan teknik pemotongan laser dan dipasang satu persatu. Harga yang dijual adalah RM55 bagi 1 set, RM90 (2 set) dan RM175 (5 set).

Selain butang baju melayu custom, anda juga boleh melihat rekaan lain yang tersedia dijual. Anda boleh hubungi terus untuk tempahan. 

Instagram: Awangcutterprojex 

Nombor Telefon: 012 - 6860610

2. KAYAN.MY

Terletak cantik pada baju melayu ini.
Simple, minimalis dan elegan. Jika anda mahukan butang baju melayu yang rekaannya tidak berlebihan, maka Kayan.my pilihan terbaik.

Lihatlah perincian butang mereka. Ada yang petak, bulat dan tidak kurang juga berbentuk hexagon. 

Tidak cukup dengan itu, corak dan pilihan warnanya juga pelbagai. Senanglah untuk match dengan baju raya anda.

Anda boleh lihat koleksi butang raya mereka di Instagram atau lihat perjalanan gerai pameran mereka di lokasi tertentu.

Instagram: Kayan.my

3. BEROYAL BUTTON

Bagaikan Hang Tuah jika memakai butang baju melayu ini.
Jika jiwa pahlawan anda telah lama terkurung, apa kata bebaskannya dengan memakai baju butang ini.

Agak menarik kerana ia menggunakan elemen tradisional seperti keris dan wau. Sama ada warna silver atau emas terpulang pada anda.

Memang unik kalau dikenakan pada hari raya. Nampak lebih segak! 

Instagram: Beroyalbutton

4. ZOOFORPEOPLE 

Rekaan geometrik yang unik.
Gabungan gaya tradisonal dan juga moden. Moden pula bukan biasa-biasa, siap dengan butang baju siri Avengers dan juga Star Wars.

Biarpun begitu, rekaan dihasilkan pemilik ini tidak berlebihan dan terlalu fancy. Masih mengekalkan tradisi butang baju melayu.

Ada juga corak geometri yang kelihatan sangat dekat dengan budaya masyarakat Malaysia. Boleh lah ‘cuci mata’ di Instagram mereka.

Jika mahu ke gerai jualan mereka, ini antara lokasi mereka berada.

• Alamanda, Putrajaya (berdekatan Big Apple) hingga 13 Jun
• Bangsar Shopping Center, KL (berdekatan Coffee Bean) hingga 14 Jun
• Bangsar Village 1, KL (berdekatan Starbucks) hingga 13 Jun
• Jakel Mall, KL (booth no. 1 di luar pintu utama) hingga 14 Jun

Instagram: Zooforpeople

5. KANDAWARIS

Gaya songkat menjadikan jejaka lebih tampan.
Tidak lengkap senarai ini jika tiada butang baju yang mempunyai elemen songket. Butang baju daripada Kandawaris ini antara paling cantik pernah kami lihat.

Menggunakan elemen seakan dot pixel, rekaan butang baju ini agak unik. Malah butang ini kelihatan lebih premium dan mahal berbanding yang lain.

Jika penghantaran pos telah tamat, anda boleh lihat Instagram mereka untuk melihat lokasi gerai jualan terkini.

Instagram: Kandawaris

Nombor Telefon: 018 - 2713978

6. WIRDORA HQ

Bagi pasangan yang mahukan perhiasan sedondon.
Butang baju melayu ini lain pula sasarannya. Jika mahukan kelainan yang lebih tampak mewah, mungkin ini pilihannya.

Kebanyakan koleksi butang baju melayu dihasilkan menggunakan kristal Swarovski. 

Paling menarik, ia turut dijual dengan pakej couple bersama pin dan brooch. Sesuai lah kalau anda yang mahu beraya sedondon.

Instagram: Widorahq

7. LEMARI OFFICIAL

Keris menjadi pilihan ramai.
Sama seperti Beroyal Button, butang baju melayu ini turut memfokuskan kepada rekaan berbentuk keris.

Ada beberapa jenis dan corak untuk anda padankan dengan baju melayu. Terdapat juga variasi warna berbeza jika anda mahukan sedikit gaya ‘fancy’.

Harganya juga tidaklah terlalu mahal jika diukur pada kualitinya.

Instagram: Lemari Official

Nombor telefon: 013 - 4618431

8. KANCING ARJUNA

Buat penyokong MU!
Jika anda rasakan semua butang baju melayu ini biasa-biasa, tanggapan itu mungkin berubah selepas melihat koleksi Kancing Arjuna ini.

Daripada rekaan filem adiwira hinggalah kepada kumpulan bola sepak. Semuanya lengkap.

Antara koleksi yang dijual termasuklah butang baju Iron Man, Superman, Spiderman, Starwars, Manchaster United, Liverpool dan banyak lagi. Anda boleh lihat semuanya di Instagram mereka.

Instagram: Kancing Arjuna

Nombor Telefon: 012 - 6917152
 

  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top