5 ‘Killer Features’ Kenapa Toyota C-HR Kenderaan Terbaik Raya Anda

TOYOTA | SPONSORED

Terdapat lima variasi warna yang menarik untuk dipilih.


  • Share:

5 ‘Killer Features’ Kenapa Toyota C-HR Kenderaan Terbaik Raya Anda
Lima fungsi hebat ini pasti buat anda jatuh cinta dengan Toyota C-HR ini! (Gambar: Toyota)
Raya hampir tiba, pastinya ramai yang bakal pulang ke kampung halaman bukan?

Selain baju raya baru, langsir, perabot baru, pasti ada yang mahukan kenderaan baru.

Jika ada yang tercari-cari kereta yang paling ‘lit’ raya ini, Toyota C-HR mungkin pilihan terbaik.

Baik bujang ataupun sudah berkeluarga, kenderaan SUV ini boleh dikatakan mempunyai ciri hampir sempurna.

Ini lima ‘killer features’ yang bakal buat anda tertawan dengan model terbaru Toyota ini.

#1 REKAAN MODEN PALING ‘LIT’ BAGAIKAN BERLIAN

Lebih kompak, 'sporty' dan aerodinamik.Cinta pandang pertama! Mungkin itu perkataan paling sesuai untuk gambarkan rekaan C-HR ini.

Rekaan luaran C-HR dihasilkan melalui potongan berlian. Canggih! Kontur badan kenderaan ala berlian ini sekali gus menjadikan SUV ini lebih kompak dan ‘sporty’. 

Bentuk sebeginilah menjadikan C-HR ini lebih aerodinamik.

Lebih cool lagi ada LED ‘Puddle Lamp’ pada cermin sisi yang memancarkan cahaya logo, terus ke bawah setiap kali anda membuka kunci kenderaan. Seriously cool habis!

SUV ini turut mempunyai pintu belakang tersembunyi yang menjadikan ia ‘coupe sporty’.

#2 REKA DALAMAN SERBA EKSKLUSIF

Nampak eksklusif bukan?Buka saja pintu kereta, anda pasti terpesona dengan material kulit ditampilkan.
 
Semua tahu material kulit sangat selesa dalam apa jua keadaan. Panas, sejuk, mahupun perjalanan yang jauh.
 
Penggunaan warna 'silver' dan cat hitam menjadikan ruang pemanduan tampak sungguh eksklusif.
 
Yang bagusnya, setiap kedudukan meter dan lain-lain komponen memudahkan anda menumpukan pemerhatian pada pemanduan.
 
Bahagian depan ini juga ada sistem DVD-AVX lengkap 6 pembesar suara untuk anda menikmati muzik yang anda gemari.
 
Sistem audio dilengkapi 7 inci skrin sentuh, penyambungan telefon pintar, Wi-Fi, capaian internet, pengecaman suara, HDMI, USB Bluetooth dan paling penting ia mempunyai kamera undur untuk keselamatan.

#3 RUANG BESAR UNTUK KESERONOKAN BERKELUARGA

Lebih luas dan selesa!Toyota C-HR mempunyai tempat duduk belakang yang luas dan mempunyai ruang kaki serta ruang atas lebar untuk keselesaan penumpang yang lebih tinggi.

Tempat duduk belakang ini mampu memuatkan tiga penumpang dengan selesa.

Untuk menambah lebih barangan, kerusi belakang boleh dilipat untuk keperluan tersebut. Dengan ruang sebegini luas, maka anda boleh bawa sebanyak mungkin barangan raya anda.

#4 CIRI KESELAMATAN LENGKAP PASTIKAN ANDA KEKAL SELAMAT

Fungsi BSM untuk keselamatan pemanduan anda.
Bila memandu, perkara yang paling diutamakan adalah keselamatan ketika memandu dan juga para penumpang.
 
Dengan ciri-ciri keselamatan yang ada pada Toyota C-HR ini, sekurang-kurangnya kita mampu mengelak bahaya daripada berlaku.
 
Ciri-ciri keselamatannya termasuk ABS sebagai standard, Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC), Kawalan Cengkaman (TRC) dan Amaran Lintasan Trafik Belakang (RCTA) serta Sistem Pemantauan Titik Buta (BSM).
 
Selain itu, C-HR juga dilengkapi ciri Brek Parkir Elektrik dan Kawalan Bantuan Mula Mendaki (HAC) untuk mengelakkannya daripada mengundur ketika mula bergerak di permukaan curam.

#5 PRESTASI MEYAKINKAN DENGAN PENJIMATAN MINYAK

Kereta raya terbaik anda.
C-HR ini dijana oleh enjin 1.8liter petrol yang mampu menyalurkan 140PS pada 6,000rpm dengan tork setinggi 171Nm.
 
Biarpun prestasi enjinnya tinggi ini, namun penggunaan bahan apinya juga cekap, menjanjikan penjimatan berterusan. Ia turut digandingkan dengan sistem transmisi Sequential Shiftmatic CVT 7 kelajuan.
 
Paling menarik, C-HR ini dilengkapi tiga mod pemanduan. Mod ‘eco’ mengoptimumkan penghawa dingin dan mengurangkan tindanan pendikit (throttle) untuk memaksimumkan kecekapan bahan api.
 
Mod normal menawarkan keseimbangan terbaik antara kecekapan dan prestasi bahan api, dan sesuai untuk memandu setiap hari. Untuk pemanduan yang lebih menarik, pilih mod ‘sport’ yang mengasah tindak balas pendikit.

PILIHAN SUV TERBAIK

Berdasarkan lima aspek di atas, jelas sekali Toyota C-HR adalah kenderaan paling tepat bagi menemani anda sepanjang perjalanan pulang ke kampung.
 
Baik rekaan luar atau dalam, ia dihasilkan dengan serba moden dan futuristik.
 
C-HR ditawarkan dengan lima pilihan warna yang dijual bermula RM137,300.

  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top