Rojak Daily Logo
Back to top

'Jom Bagi Coklat Kat Abang & Akak Polis' Akan Berlangsung 26 Mei Ini

Jangan lupa ambil gambar dan hashtag #chocs4cops.

0
comments
'Jom Bagi Coklat Kat Abang & Akak Polis' Akan Berlangsung 26 Mei Ini

Berikutan isu aduan yang dibuat oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mendakwa beberapa anggota polis mengambil coklat dari peti sejuk di kediamannya ketika serbuan dijalankan berkaitan dengan kes 1MDB, satu program 'Jom Bagi Coklat Kat Abang & Akak Polis' akan dianjurkan pada 26 Mei ini dari jam 4 petang hingga 5 petang bagi memberi penghargaan pada pasukan polis Malaysia.

Berilah coklat apa pun seikhlas hati anda.

Peguam dan aktivis, Siti Kassim menerusi The Star Online menyeru rakyat Malaysia supaya memberikan coklat kepada anggota polis bersempena menyambut bulan Ramadan.

 

Beliau juga menggesa rakyat Malaysia lain untuk memberi coklat kepada balai-balai polis terdekat dengan mereka dan memuat naik gambar dan video pemberian itu di media sosial.

 

Luangkan masa anda untuk melawat balai polis berhampiran dan serahkan coklat kepada mereka sebagai tanda sokongan. Gunakan hashtag#chocs4cops yang sudah pun tular di laman sosial sebagai penghargaan atas kerja-kerja mereka.

 
 
 
Comments