CLOSE
CLOSE

Kenali Mereka Yang 'Pecah Rekod' Dunia Politik Malaysia

Semuanya berlaku kerana anda yang mahukan pembaharuan!


  • Share:

Kenali Mereka Yang 'Pecah Rekod' Dunia Politik Malaysia
Keluarga politik. (Pic: Google)

Ramai yang sudah tahu, Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat Tun Dr. Mahathir Mohamad telah tersenarai dalam Guiness Book of World Record sebagai Perdana Menteri tertua pernah dilantik. Tetapi ada beberapa lagi yang anda mungkin baru sedar bahawa ianya merupakan pertama kali berlaku di Malaysia.

 

#1 Tun Dr. Mahathir Mohamad

 

Sejarah dunia.

Selain menjadi sejarah pertama kali menjadi Perdana Menteri untuk kali kedua, beliau juga merupakan 'Tun' yang pertama menjadi Perdana Menteri. Ini kerana gelaran 'Tun' diberikan kepada Perdana Menteri selepas mereka bersara dari jawatan tersebut.

 

#2 Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail

 

Sejarah Malaysia selepas 60 tahun.

Pertama sekali dalam sejarah Malaysia, wanita menjadi Timbalan Perdana Menteri. Dr. Wan Azizah turut memegang portfolio Menteri Wanita dan Pembangunan Keluarga. Paling istimewa, beliau tetap menjaga kesucian agama apabila sentiasa memakai sarung tangan untuk memudahkan beliau bersalam dengan mereka yang bukan muhrim. Contoh yang sangat baik untuk wanita yang beragama Islam.

 

#3 Yang Berhormat Gobind Singh Deo

 

Cipta sejarah wakil keturunan Sikh di kabinet.

Anak kepada mendiang Karpal Singh ini turut mencipta rekodnya yang tersendiri. Beliau menjadi menteri kabinet berketurunan Sikh pertama di Malaysia. Malah, menurut Asia Samachar, beliau juga merupakan menteri berketurunan Sikh pertama di Asia selain daripada negara India.

 

#4 Tan Sri Muhyiddin Yassin

 

Menteri kabinet dalam dua parti pemerintah berbeza.

Satu-satunya menteri kabinet yang berkhidmat dua kali di bawah Perdana Menteri Tun Mahathir melalui dua parti komponen berbeza; Barisan Nasional dan Pakatan Harapan. Walaupun sebelum ini pernah memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri, di dalam kabinet baharu, beliau memegang portfolio Menteri Dalam Negeri.

 

#5 Yang Berhormat Nurul Izzah

 

Anak kepada Timbalan Perdana Menteri dan bekas Timbalan Perdana Menteri.

Satu-satunya ahli politik yang kedua ibu dan bapanya terlibat secara langsung dengan dunia politik. Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, manakala ibunya Datuk Seri Dr. Wan Azizah, siapa lagi kalau bukan Timbalan Perdana Menteri Malaysia! Walaupun belum memegang sebarang jawatan dalam kabinet, ramai yang berharap agar Nurul Izzah diberi peluang untuk memegang portfolio dalam kabinet yang baharu. Istimewanya Nurul Izzah, beliau juga anak kepada Timbalan Perdana Menteri dan bekas Timbalan Perdana Menteri.

Barisan kabinet.

Dan paling hebat dalam sejarah politik tanah air seperti yang sudah diketahui oleh rakyat Malaysia dan masyarakat dunia, buat pertama kalinya dalam tempoh enam dekad, Malaysia diperintah oleh gabungan parti di bawah payung Pakatan Harapan, dan ramai yang menggelarkannya, Malaysia Baharu!


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top