Rojak Daily Logo

10 Lokasi Wajib Pergi Yogyakarta!

0
comments
10 Lokasi Wajib Pergi Yogyakarta!
Let's go! (Gambar: id.wikipedia.org)

Yogyakarta atau lebih dikenali dengan panggilan Jogja adalah sebuah bandar yang kaya dengan kebudayaan, sejarah dan keindahan alam. Menjadi tumpuan selepas muncul sebagai lokasi utama penggambaraan AADC2, ini tempat yang anda harus pergi apabila ke Jojga. 

1) Istana Ratu Boko

Gambar: www.borobudurpark.co.id

Ini adalah bangunan tinggal yang menempatkan rumah para bangsawan Jawa. Istana ini terletak di Desa Bokoharjo, Kecamatan Prambanan, Kabupaten Sleman. Terdapat tiga buah candi di dalam bangunan ini serta kolam air yang dipercayai airnya mempunyai khasiat. Di bahagian atasnya pula boleh dilihat panorama indah Yogyakarta dari kejauhan serta berlatar belakangkan Gunung Merap. Disini juga menjadi lokasi penggambaran Ada Apa Dengan Cinta dan menjadi saksi perjalanan Rangga dan Cinta.

2) Pantai Timang

Gambar: www.penabiru.com

Pantai ini terletak di Gunung Kidul, 35km di selatan Wonosari, Jogja. Pemandangan ombak yang menghentam tebing dan batu-batuan sangat menakjubkan. Jika anda suka mencuba sesuatu yang ekstrem, di pantai ini ada menyediakan kereta kabel untuk menyeberang ke Pulau Watu Panjang. Istimewanya lagi, kereta kabel ini diperbuat daripada kayu dan tergantung meluncur ke tali biasa.

3) Candi Prambanan

Gambar: kidnesia.com

Tempat ini wajib dikunjungi kerana Candi Pambanan merupakan pusat candi Hindu terbesar di Indonesia. Ukiran di sekitar Candi cukup indah kerana ia menceritakan kisah Ramayana dan Krishnayana. Lokasinya 17km dari ibu kota Jogja, ia sangat mudah diakses menggunakan pengangkutan awam jika anda tidak menggunakan kenderaan sendiri.

4) Gua Jomblang

Gambar: blog.misteraladin.com

Selain Pantai Timang, Gua Jomblang juga terletak di Gunung Kidul, Yogyakarta. Ia merupakan gua vertical yang menempatkan sebuah hutan purba di dalamnya. Jika anda datang pada jam 10 pagi hingga 12 tengahari, anda boleh melihat cahaya matahari masuk menembusi gua ini yang turut dipanggil cahaya syurga. Gua Jomblang turut pernah menjadi tempat lokasi penggambaran The Amazing Race musim ke 19.

5) Gunung Merapi

Gambar: goborobudur.com

Gunung ini merupakan gunung yang paling terkenal di Jogja. Ia merupakan lokasi kegemaran buat pencinta alam yang suka mendaki gunung dan menikmati keindahan matahari terbit. Harga tiket ke kawasan Gunung Merapi ialah 3,000 Rupiah (RM0.90) seorang. Gunung ini turut mudah diakses menggunakan kenderaan sendiri. Menariknya lagi, gunung berapi ini masih lagi aktif.

6) Pantai Parangtritis

Gambar: www.jauhari.net

Inilah lokasi Cinta dan teman-temannya bersantai di dalam filem Ada Apa Dengan Cinta 2. Pantai yang paling terkenal di Jogja ini wajib dikunjungi dan hanya terletak 25km dari pusat bandar. Pantai Parangtritis berada di Lautan India lalu mneyebabkan ombak dan arusnya cukup kuat. Keunikannya lagi adalah bukit-bukit pasir yang ada dipesisiran pantainya.

7) Taman Alam Kalibiru

Gambar: indonesia.tripcanvas.co

Lebih kurang sejam perjalanan dari pusat bandar Jogja, anda akan disambut dengan udara sejuk dan nyaman. Ini tempat yang sesuai untuk anda lari dari kesibukan kota. Taman Alam Hutan Kemasyarakatan Kalibiru ini berada di Bukit Menoreh, Kulon Progo, Jogja. Berketinggian 450m dari permukaan laut, ia tempat wajib lawat jika anda ke Jogja.

8) Gurun Pasir: Gumuk Pasir Parangkusumo

Gambar: www.spotunik.com

Tak perlu ke negara timur tengah untuk menikmati padang pasir. Hamparan gurun ini cukup indah dengan pasir yang halus. Jika ke sini, anda boleh bersantai sambil menatap matahari terbenam, mencuba luncur pasir beserta menaiki ATV yang ada disediakan.

9) Luweng Sampang

Gambar: www.telusurindonesia.com

Air terjun ini cukup cantik dengan corak batu di tebingnya yang dikatakan mirip Grand Canyon di Amerika Syarikat. Air dari pergunungan ini sememangnya sejuk dan memberikan kesegaran yang cukup memukau. Dengan lokasinya yang agak tersembunyi, ia belum banyak dikunjungi oleh pelancong. Disini juga terletaknya terowong tersembunyi di sebalik curam-curam batu air terjun.

10) Punthuk Setumbu

Gambar: www.borobudurpark.co.id

Jika orang sering mencari tempat matahari terbenam, Punthuk Setumbu sesuai untuk mereka yang mencari tempat matahari terbit. Berlatangkan Gunung Merapi, Punthuk Setumbu terletak di Dusun Kerahan, satu jam dari pusat bandar Jogja, tidak jauh dari Candi Borobudur. Jika mahu menikmati matahari terbit, anda harus kesini sebelum jam lima pagi dan pemandangan yang menanti anda cukup menyejukkan mata! Disini juga menjadi tempat Rangga dan Cinta menghabiskan masa mereka bersama.

 
 
Comments