Rojak Daily Logo

8 Tips untuk Lelaki yang Selalu Menemani Wanita Membeli-Belah

0
comments
8 Tips untuk Lelaki yang Selalu Menemani Wanita Membeli-Belah
www.instagram.com/miserable_men
Pernah tak pergi ke shopping mall dan terlihat sekumpulan lelaki yang kelihatan bosan dan letih menunggu isteri/kakak/adik/tunang/teman wanita/rakan mereka di luar kedai? Kadang-kadang rasa kesian, kadang-kadang rasa kelakar pun ada. Namun, senario inilah yang biasa kita lihat di mana-mana pusat membeli-belah lebih-lebih lagi sewaktu musim perayaan. Memandangkan Ramadhan dan Syawal bakal menjelma, kami dapat menjangkakan perkara ini akan berlaku dengan lebih kerap lagi. 

Jadi, untuk membantu semua kaum Adam di luar sana, kami sediakan tips-tips yang penting untuk ‘membantu’ korang mengharungi situasi ini tidak lama lagi.

#1 Pastikan mindset positif sebelum keluar rumah

Gif: giphy.com
Nak melayan kerenah wanita shopping ni kena ada mindset yang positif dan semangat yang kental. Jadi, kalau tak nak mood korang rosak atau rasa menyesal kena teman mereka membeli-belah, lebih afdhal sekiranya korang memberi kata-kata semangat kepada diri sendiri seperti “You can do this!” atau “I will survive!” Confirm mood korang akan lebih baik dan bersemangat sikit. 

#2 Tanya ke mana arah tuju dan apa yang dicari

Gif: giphy.com
Untuk menjimatkan masa dan mempercepatkan proses membeli-belah, lebih baik korang membuat perancangan awal. Cuba bertanyakan apa yang hendak dibeli dan ke mana mereka nak pergi. Sekurang-kurangnya korang tahu apa yang bakal dihadapi dan korang boleh membuat perjanjian untuk terus pulang selepas membeli apa yang dicari. Tetapi, mengikut pengalaman kami, selalunya perkara tu tak akan terjadi dan akhirnya para wanita ini akan ‘terbeli’ benda-benda lain pula. Haha.

#3 Sabar dan tabah

Gif: giphy.com
Tidak dinafikan, lelaki yang penyabar ni adalah antara calon suami yang baik. Untuk menunggu si dia selesai membeli belah selama berjam-jam memang memerlukan kesabaran yang tinggi. Tapi kalau nak tahu level kesabaran korang tu dah capai level expert atau tidak, adalah apabila korang dah masuk berpuluh-puluh kedai tapi akhirnya si dia pergi semula ke kedai pertama yang korang masuk untuk membeli barang yang dicari-cari. Kalau si dia buat macam ni dan korang tak bebal, tahniah, memang kental jiwa korang.

#4 Jawab pertanyaan mereka 

Gif: giphy.com
Kalau ada yang tanya “Okay tak baju ni?” atau “I nampak gemuk tak?”, kami sarankan agar anda menjawab dengan bijak. Macam mana nak jawab dengan bijak? Pastikan korang tidak menjawab dengan nada yang tak ikhas sebab nak cepat balik, sebaliknya cuba berikan pandangan anda dan memberi cadangan sekiranya barang yang dipilih kelihatan tidak sesuai. Barulah nampak macam ada effort sikit.

#5 Enjoy the moment

Gif: giphy.com
Mungkin ini antara perkara yang paling sukar dilakukan tapi sebenarnya ianya amat membantu. Contohnya, kalau si dia ajak masuk ke Sephora, tolonglah nampak macam korang macam berminat nak teman dia pilih warna lipstick ke eyeshadow ke apa walaupun korang tak tahu langsung pasal make up. Wanita ni sebenarnya lebih percayakan apa-apa pandangan yang diberikan oleh orang yang mereka sayang dan rapat. Jadi, cubalah enjoy teman mereka lakukan apa yang mereka suka seperti mana mereka selalu teman korang main futsal ke, tengok perlawanan bola sepak ke. Baru lah adil, kan?

#6 Tolong angkat barang

Gif: giphy.com
Kalau barang yang buah hati atau kawan korang beli tu banyak sangat sampai tak menang tangan nak pegang, apa salahnya be a gentleman dan tawarkan diri untuk tolong angkatkan. Tapi, kalau dia tetap nak angkat sendiri, takpe, itu masalah dia. Sekurang-kurangnya korang ada courtesy untuk bertanya dan tolong.

#7 Jangan takut untuk ajak makan atau berehat seketika

Gif: giphy.com
Kaum Hawa ni, kalau masuk shopping mall dan nampak perkataan SALE je, secara tiba-tiba pasti ada kuasa mistik yang meresap ke dalam badan yang membolehkan mereka shopping berjam-jam tanpa henti. Tak tahulah saka apa yang dibela, tapi semangat diorang memang membara! Jadi kalau korang dah penat dan lapar, cakap je “Jom pergi makan” atau “I letih lah, boleh tak lepak kejap” sambil buat muka kesian. Confirm diorang okay je, silap-silap diorang belanja makan sebagai tanda terima kasih temankan.

#8 Senyum

Gif: giphy.com
Tak ada sesiapa yang suka membeli-belah dengan orang yang bermuka masam atau moody kan? Jadi cuba lemparkan senyuman dan wajah yang ceria kepada si dia semasa membeli-belah bersama. Barulah sejuk hati sikit tengok muka korang yang manis tu. Bila mood korang okay, secara tak langsung mood si dia pun mesti okay. Bak kata orang putih “A happy wife is a happy life”.

Semoga tips ini memberi manfaat kepada semua kaum Adam di luar sana. Good luck!
 
 
Comments