CLOSE
CLOSE

Gaun Pengantin Meghan Markle Berharga RM2.17 juta

Dia kahwin dengan anak raja!


  • Share:

Gaun Pengantin Meghan Markle Berharga RM2.17 juta

RM2.17 juta untuk gaun pengantin sahaja? Itulah jumlah yang hangat diperkatakan mengenai persiapan menjelang perkahwinan Diraja yang akan diadakan pada 19 Mei depan.

 

Selain Putera Harry bakal menamatkan zaman bujangnya, gaun pengantin yang akan dipakai Meghan pada hari bersejarah itu pastinya akan menjadi perhatian ramai.

 Rekaan ini direka oleh Ines Di Santo.

Lapor Mail Online UK, gaun pengantin yang akan dipakai oleh pelakon siri Suits itu, dikatakan berharga £400,000 (RM2.17 juta), dengan bajet majlis itu dilaporkan bertambah sekali ganda.

 

Selain berhabis untuk busana pengantin, perbelanjaan bulan madu pula menelan belanja £120,000 (RM650,707) dan lebih £100,000 (RM542,256) untuk majlis keraian selepas hari perkahwinannya.

 Ramalan dari pereka Casablanca Bridal.

Ramai pereka yang turut mereka gaun pengantin ramalan yang akan dipakai oleh pengantin perempuan kelak. Namun siapakah pereka sebenar pilihan Meghan masih menjadi rahsia.


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top