Rojak Daily Logo
Back to top

Beg Charles & Keith Berharga RM239.90 Ini Jadi Bahan Jenaka Netizen

"Selalu dapat beg macam ni dekat McD je" - Netizen

0
comments
Beg Charles & Keith Berharga RM239.90 Ini Jadi Bahan Jenaka Netizen

Kecoh betul pasal beg sejak kebelakangan ini. Setelah netizen mempersoalkan beg 'makcik kafe' yang dipakai oleh Neelofa pada satu acara minggu lalu, kini beg dari jenama Charles & Keith yang seolah-olah berupa beg kertas biasa menjadi bahan jenaka.

Cut Out Handle Structured Bag dari Charles & Keith

Beg Cut Out Handle Structured berwarna coklat krim ini diperbuat daripada 'polyethylene paper' dan dijual pada harga RM239.90 setiap satu. Biarpun secara kasarnya, nampak seperti beg kertas biasa yang kita dapat apabila membeli barang dapur ataupun McDonalds.

 Antara yang paling laris dijual?

Di laman Twitter, menerusi tweet seorang pengguna tentang beg ini sahaja telah mendapat 17,000 retweet dan 6,000 likes!

Menurut satu tweet balas, beg Charles & Keith ini direka bersempena untuk menyokong Earth Hour yang disambut setiap tahun dan merupakan antara beg yang paling laris dijual. Namun apa yang menarik peratian netizen adalah harganya yang tak masuk akal dan ramai yang turut sama memberikan respon jenaka terhadap beg Charles & Keith ini.

 
 
Comments