Rojak Daily Logo
Back to top

Plug-in: Prestasi Honor 9 Lite Ini Diluar Jangkaan Kami!

Bukan hanya cantik di luar, prestasi dalaman juga amat meyakinkan.

0
comments
Plug-in: Prestasi Honor 9 Lite Ini Diluar Jangkaan Kami!
Satu produk berkualiti daripada Honor! (Gambar: Rojak Daily Skop!/Honor)

Di mana ya perlu saya bermula…

 

Penulis perlu meninggalkan telefon pintar ‘flagship’ yang sudah terlalu sebati untuk menjalankan tugas harian.

 

Menggunakan aplikasi media sosial, memantau dan memuat naik kandungan ke laman rasmi facebook, mengambil gambar, menyimpan segala dokumen dan banyak lagi.

 

Boleh dikatakan sebagai ‘heavy user’.

Telefon flagship dengan cip pemprosesan paling laju serta spesifikasi tinggi adalah yang terbaik untuk menampung segala tugasan ini.

 

Kemudian penulis diberi tugas untuk mengulas peranti pertengahan terbaru daripada Honor iaitu Honor 9 Lite ini.

 

Harganya RM749 dan sasarannya adalah golongan ‘light user’.

 

Jadi adakah telefon ini boleh menampung segala tugasan harian? Adakah ia mampu menggalas beban heavy user?

Kami bawakan ulasan mengenai Honor 9 Lite ini untuk anda.

 

REKAAN HIGH CLASS

 
Warna birunya amat 'stand out'.

Mungkin jodoh antara kami, warna biru berkilau ini memang membuatkan penulis jatuh cinta.

 

Adakah anda masih ingat model Motorola KRZR yang berkilau biru? Ya Honor 9 Lite ini membawa kelas dan ‘feel’ yang sama.

 

Jika anda fikir model pertengahan dikeluarkan Honor ini kelihatan murah, anda mungkin perlu melihatnya sendiri.

 

Bahagian belakang ini turut dilengkapi dengan pengimbas cap jari untuk ciri keselamatan.

 
Masih terdapat pengimbas cap jari

Pada bahagian depan terdapat skrin dengan paparan nisbah 18:9 bersaiz 5.65 inci .

Gaya skrin penuh ini menjadikan Honor 9 Lite tidak ketinggalan zaman. Cukup sifat untuk anda menyertai jentera skrin penuh.

 

Bahagian bawah pula disediakan port 3.5mm untuk audio dan juga micro usb untuk pengecasan.

Secara keseluruhan peranti ini agak selesa untuk digenggam.

 

SPESIFIKASI UNTUK TUGAS HARIAN ANDA


Pengalaman 'gaming' yang agak baik.

Paparan model ini menggunakan IPS Full HD+ dengan resolusi 1080 x 2160.

Dengan kepadatan pixel setinggi 428 pixel, skrin ini boleh dikatakan amat jelas, setaraf dengan iPhone 8, 8 Plus dan One Plus 5T.

 

Paparan yang terang ketika panas terik juga memberikan markah extra buat peranti ini.

 

Malah, telefon ini juga sesuai digunakan untuk anda yang gemar menonton video menerusi telefon pintar. Saiz besar dengan nisbah 18:9 pastinya kombo yang cukup sempurna.

 

Itu aspek luaran, bagi dalaman pula peranti ini dikuasakan oleh cip pemprosesan Kirin 659 dengan padanan RAM 3GB.

 

Bateri pula bersaiz 3,000mAh.

 

Apakah hasilnya? Adakah mampu melunaskan tugas harian?

 

Secara keseluruhannya, Honor 9 Lite menunjukkan prestasi membanggakan.

 

Antaramuka model ini menggunakan EMUI 8 dan ia penuh dengan ciri dan fungsi tambahan bagi memudahkan pengguna.

 

Dari segi kelancaran pula, ia tidaklah ‘fluid’ seperti model kelas atasan, namun cukup untuk melakukan tugas sosial media anda.

 

Malah, penulis menghabiskan masa bekerja melakukan tugas memuat naik gambar dan artikel hanya menerusi telefon ini.

 

Ada kalanya berlaku sedikit lengah masa terutama jika terlalu banyak aplikasi digunakan atau bermain permainan yang mempunyai grafik tinggi.

Perlu diingatkan sekali lagi, telefon ini berharga RM749!

 

Menyentuh mengenai ketahanan bateri pula, ia tidak akan membuatkan anda bertahan sehingga dua hari, namun cukup untuk melakukan tugas seharian anda.

 

KEUPAYAAN KAMERA YANG TIDAK DISANGKA


Kesan 'blur' pada belakang subjek juga nampak meyakinkan. Siapa yang tidak ‘sceptical’ mengenai peranti budget bukan. Kita mungkin berdepan dengan isu kualiti yang agak menghampakan.

 

Namun, ia berbeza sedikit apabila menggunakan Honor 9 Lite ini. Secara jujur penulis agak kagum dengan kualiti dihasilkan terutama membabitkan fungsi bokeh dan swafoto.

 

Malah untuk aspek swafoto, adakalanya penulis merasakan ia lebih baik daripada model ‘flagship’ tertentu.

 
Hasil gambar telefon pintar berharga RM749

Secara umumnya, Honor 9 Lite menggunakan sensor 13 Megapixel (MP) dan 2 MP di hadapan dan belakang.

 

Anda boleh bermain dengan fungsi ‘bokeh’ menggunakan kamera depan dan belakang. Hasilnya not bad!

 

Bila difikirkan kembali harga model ini, anda akan kagum!

 

Mod penggambaran juga pelbagai termasuk panorama, time-lapes dan pelbagai ‘filter’.

 
BELI ATAU TIDAK? TERPULANG PADA BUDGET DAN KEHENDAK


Cantik luar dan dalam

Secara keseluruhannya, peranti ini berada dikelasnya yang tersendiri.

 

Jika ia dibariskan dengan model pertengahan dengan ‘range’ harga yang hampir sama, berkemungkinan Honor 9 Lite boleh menyerlah.

 

Bukan hanya luaran, malah mungkin prestasi dalamannya juga boleh dibanggakan.

 

Tidak semua pengguna mampu membeli telefon pintar dengan harga ribuan ringgit dan model ini member pilihan dan peluang untuk anda merasai ciri-ciri flagship yang diketengahkan.

 

Peranti ini amat sesuai digunakan untuk pelajar atau mereka yang gemarkan telefon pintar yang ‘stand out’ warnanya.

 

Penulis beri 4/5 berdasarkan harga dan prestasi keseluruhan. 

 
 
Comments