Rojak Daily Logo

Hantu Buah Kena Tahu

0
comments
Hantu Buah Kena Tahu
Adakah anda peduli kuantiti fruktosa dalam buah-buahan?

Buah-buahan menjadi pilihan utama mereka yang sedang berusaha mengawal berat badan dan paras gula dalam darah. Tidak semua buah sesuai diambil dalam kuantiti yang banyak. Walaupun tiada gula tambahan buah-buahan ini mempunyai kandungan fraktosa yang tinggi.

Pisang

Gambar: www.medicalnewstoday.com

Pisang bukan sahaja manis malah buah terbaik untuk menggantikan gula tambahan dalam masakan. Pisang juga tinggi kandungan potasium dan magnesium yang baik untuk tubuh. Namun dalam setiap 100g pisang mengandungi tiga sudu teh gula. Jadi, usah berlebihan mengambil pisang dalam diet.

Delima

Gambar: pomegranates.org

Buah delima bukan sahaja baik untuk ibu mengandung dan sering digunakan sebagai bahan perisa semulajadi pada salad. Buah ini kaya dengan bahan phytokimia yang dikatakan mampu melindungi daripada kanser prostat. Dalam setiap 100g buah ini mengandungi 14g gula dan dalam setiap jus delima asli boleh mempunyai 30g gula (bersamaan satu tin Coke).

Mangga

Gambar: wikipedia

Mangga mempunyai bau yang cukup menyelerakan selain rasanya yang manis. Mangga tinggi dengan beta karotin yang boleh ditukarkan kepada vitamin A yang elok untuk kesihatan mata, kulit dan meningkatkan daya ketahanan tubuh. Mangga tinggi kandungan fraktosa dan dalam setiap 100g buah ini mengandungi 3.2 sudu teh gula.

Anggur

Gambar: www.medicalnewstoday.com

Kaya dengan vitamin, mineral, antioksida dan serat. Anggur mengandungi phytokimia termasuk flavoinoid, resveratrol, quercetin dan asid ellagik yang berperanan melindungi kita dariapda kanser dan serangan jantung. Namun terdapat empat sudu teh gula dalam setiap 100g.

Limau Mandarin

Gambar: wikipedia

Buah yang cukup terkenal pada Tahun Baru Cina. Buah ini merupakan sumber vitamin C, tinggi kandungan folat dan potasium. Setiap satu buah ini boleh mempunyai 10g gula mengikut kepada saiz dan rasa.

Sumber: telegraph dan medicalnewstoday.

 
 
Comments