Rojak Daily Logo
Back to top

6 Ikon Hijab Inspirasi Koleksi Aidilfitri Jenama Tudung People

Pertama kali Tudung People lancarkan koleksi bridal.

0
comments
6 Ikon Hijab Inspirasi Koleksi Aidilfitri Jenama Tudung People

Semalam menyaksikan jenama hijab terkemuka, Tudung People melancarkan koleksi Aidilfitri 2018 mereka dengan tema #MyHijabMyStory. Empat koleksi iaitu Limited Edition Eden, Bridal, Swarovski dan Dhya Embellished dipersembahkan dan percayalah, anda mahukan kesemuanya!

Koleksi Limited Edition Eden bertemakan bunga liar.

Cukup dikenali dengan rekaan yang segar, unik dan mampu mencairkan hati semua wanita, koleksi kali ini lebih 'sampai ke hati' apabila Tudung People menampilkan enam ikon hijab sebagai sumber inspirasi.

 

Enam ikon tersebut merupakan pengasas Tudung People sendiri, Fazrena Aziz, Farah Lee, Dr. Fauziah Hasan, Aishah Amin, Dr. Syaima Halim dan Ayana Moon. Menurut Fazrena, "kempen #MyHijabMyStory memberi mesej bahawa walaupun tudung mungkin menjadi aspek yang paling menonjol dan yang pertama dilihat pada penampilan kita, ia adalah sebahagian daripada siapa kami."

 Fazrena, pengasas dan pengarah kreatif Tudung People.

"Di bawah simbol iman ini, kita masing-masing mempunyai kisah unik, perjuangan dan kegembiraan kita sendiri. Tudung tidak bererti kita tidak mempunyai pilihan dan memakai tudung tidak bermakna anda terhad untuk menjalani kehidupan anda", jelas Fazrena lagi. 

 

Setiap daripada enam ikon ini mempunyai cerita dan latar belakang sendiri. Fazrena; selaku usahawan berjaya, Dr. Fauziah Hasan; merupakan seorang aktivis kemanusiaan dan konsultan OnGyn, Farah Lee; ahli perniagaan dan seorang ibu tunggal, Aishah Amin; seorang blogger fesyen dan suri rumah, Ayana Moon; muslimah cantik asal Korea yang mahu menetap di Malaysia serta Dr. Syaima Halim; seorang ibu yang berkerjaya mewakili muslimah yang mampu memberi inspirasi kepada semua wanita di luar sana.

 Ayana Moon, muslimah cantik berasal dar Korea.

Seiring dengan pelancaran kempen ini, Fazrena ketika ditemubual turut berbangga apabila Tudung People telah melancarkan koleksi Bridal, seleksi tudung pengantin khusus untuk bakal pengantin yang mengalami kesukaran apabila mencari tudung untuk upacara nikah atau sanding. Selain koleksi Bridal, koleksi Limited Edition yang bertemakan bunga liar paling menarik perhatian ramai kerana kualiti rekaan, warna dan material yang digunakan mampu membuatkan wanita tampil ayu dan jelita. 

 Antara warna dalam koleksi Bridal dari Tudung People.

Anda boleh mendapatkan koleksi Aidilfitri Tudung People secara online di www.tudungpeople.com atau di butik dan cafe mereka di Bangi.

 
 
Comments