Rojak Daily Logo
Back to top

Negara Jepun Akan Kenakan 'Cukai Sayonara' Bermula Januari 2019

Bagi pelancong Malaysia, cukai ini akan dimasukkan dalam harga tiket kapal terbang.

0
comments
Negara Jepun Akan Kenakan 'Cukai Sayonara' Bermula Januari 2019
Foto: Epoch Times & Japan National Tourism Organization

Negara Jepun bakal mengenakan levi 'Sayonara' yang bernilai 1,000 Yen (RM36+-) kepada setiap individu yang akan meninggalkan negara itu berkuat kuasa 7 Januari 2019. Cukai ini akan dikenakan kepada pelancong Jepun dan pelancong asing yang keluar dari Jepun menggunakan kapal terbang dan kapal.

   

Diluluskan oleh Parlimen Jepun, ini merupakan satu inisiatif kerajaan Jepun untuk mengumpul dana bagi meningkatkan infrastruktur pelancongan serta mempromosikan destinasi baharu yang ada di Jepun.

 

Selain Jepun, ada beberapa negara yang terlebih dahulu mengenakan levi ini anataranya Amerika Syarikat, Australia dan Korea Selatan dengan harga yang lebih mahal. Jumlah pelancong yang ramai ke negara Jepun sedikit sebanyak membantu negara berkenaan untuk menjadi negara ketiga terbaik di dunia dari segi ekonomi.

   

Bagi pelancong Malaysia, cukai ini akan dimasukkan terus ke dalam harga tiket kapal terbang semasa anda membuat pembelian tiket. Mungkin bermula Januari 2019, anda akan perasan tiket kapal terbang untuk ke Jepun sedikit mahal berbanding harga tahun sebelumnya.

 
 
Comments